in

“Pagi cerah, petang ribut petir” – Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Fasa Peralihan Monsun

Fasa Peralihan Monsun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasan tak cuaca pada pagi hari cerah dan panas terik namun sebelah petang pula ribut petir? Ini bermaksud berlakunya Fasa Peralihan Monsun!

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kenyataan mengenai Fasa Peralihan Monsun yang dijangka bermula 23 Mac dan berterusan hingga pertengahan Mei ini.


Fasa Peralihan Monsun bermaksud tempoh peralihan antara dua monsun iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut yang berlaku bermula pertengahan Mac hingga Mei dan September hingga Oktober.

Berikut antara ciri-ciri yang kita perlu tahu tentang corak cuaca ketika musim peralihan monsun ini:

  • Langit cerah pada waktu pagi
  • Kerap berlaku ribut petir dan hujan lewat pada waktu petang hingga lewat malam
  • Berpotensi berlaku puting beliung dan hujan batu
  • Berlaku di kebanyakan kawasan di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.
  • Angin lemah dari pelbagai arah

Manakala beberapa impak cuaca akibat daripada peralihan monsun seperti banjir kilat, tanah runtuh dan sambaran kilat.

Jika berlaku ribut petir, orang ramai disarankan:

  • Elak berada di kawasan lapang
  • Jangan berlindung atau parkir kenderaan di bawah pokok
  • Jauhi struktur yang tidak kukuh
  • Waspada kehadiran kepada air di kawasan air terjun

Frpi1 Zaeaawwkz

Justeru, dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Baca: MetMalaysia Sangkal Dakwaan Cuaca Lebih Kering Ramadan Nanti

Metmalaysia Cuaca Panas Mac

Sumber: MKN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.