Selama ini kita selalu mendengar jual beli organ dalam filem-filem Hollywood atau drama berkaitan jenayah.
Terbaru, sebuah laman Facebook ditutup selepas kantoi membuka tapak untuk pengguna laman media sosial itu untuk menjual buah pinggang.
Artikel berkaitan: Suami Minta Pulangkan Buah Pinggang Yang Pernah Didermakan Sebab Isteri Main Kayu Tiga
Artikel berkaitan: “Tak sampai sebulan makan” – Buah Pinggang Mula Rosak Sebab Makan Ubat Putihkan Kulit
Menurut laporan FMT, group Facebook bernama ‘Mencari Penderma Buah Pinggang’ itu aktif sejak Disember 2022 dengan jumlah ahli seramai 695 orang namun ianya sudah tidak boleh diakses lagi.
Dalam group tersebut, dapat dilihat ahli tanpa nama (anonymous) menjual buah pinggang mereka dengan harga sehingga RM500K.
Malah, ada hantaran yang mengatakan mereka yang menjual buah pinggang itu mempunyai masalah kewangan dan disebabkan itu mereka berbuat demikian.
Difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata pihaknya menerima dua aduan mengenai group itu bulan lepas.
“Kami sedang menyemak aduan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Dalam pada itu, sebelum ini bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata dakwaan mengenai pembelian dan penjualan organ perlu dipandang serius dan disiasat.
Beliau berkata, pembelian dan penjualan organ adalah eksploitasi kumpulan yang terdedah dan melanggar etika perubatan.
Sumber: FMT