in

Padah Main Handphone Tengah Cas Masa Hujan, Remaja 16 Tahun Mati Disambar Kilat

Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ni, setiap hari mesti hujan. Dia punya hujan pula bukan biasa-biasa, dengan angin kuat dan kilat sambar menyambar.


Perkara ini turut dialami oleh negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

Pada 24 November lalu, seorang kanak-kanak berusia 16 tahun meninggal dunia selepas disambar kilat.

Menurut Kompas, ketika kejadian berlaku, remaja bernama M Wahid ini sedang asyik bermain video game menggunakan telefon bimbit di warung kopi bersama rakan-rakannya.

Gamers Online Pubg Dan Mobile Legend

Kebetulan ketika dia bermain video game bersama kawan-kawannya itu, hujan mula turun dengan lebat dan petir sambar menyambar. Namun mangsa teruskan bermain dengan telefon yang sedang dicas.

Polis yang bertugas, Jury Leonard Siahaan mengesahkan kejadian yang berlaku petang semalam lebih kurang jam 5 petang.

Photo 1511289081 D06Dda19034D

Tak berselang lama terdengar bunyi petir yang lantas menyambar korban yang sedang duduk hingga terpelanting.”

Pemilik warung dan rakan-rakannya cuba untuk menghampiri mangsa yang sudah pun berada dalam keadaan baring namun kerana mengalami luka terbakar yang serius, mangsa tak dapat diselamatkan dan mati serta merta di tempat kejadian.

Kalau korang nak tahu, menurut It Still Works, penggunaan telefon bimbit yang sedang dicas ketika banjir kilat adalah bahaya kerana ia memberikan laluan konduktif untuk aliran kilat mengalir dari lokasi sambaran hingga ke badan.

 

Baca: “Sempat menangis dan peluk rakan” – Remaja Maut Disambar Petir Ketika Dengar Lagu Dekat Handphone

Screenshot 2020 11 25 At 5.00.02 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.