Sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Batang Lupar di pangkalan feri Triso di Jalan Beladin Triso, Sarawak pada petang semalam.
Insiden terbabit telah meragut nyawa sembilan mangsa dimana salah seorangnya adalah seorang bayi lelaki berusia empat bulan.
Menurut Utusan yang memetik laporan media tempatan, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, panggilan mengenai kejadian itu diterima pada jam 3.14 petang. Anggota dari BBP Saratok dan Simunjan telah dikerahkan ke lokasi.
Difahamkan, kesemua mangsa termasuk beberapa orang kanak-kanak berada dalam perjalanan dari Kapit untuk menghantar salah seorang daripada mereka ke sekolah tahfiz di Kuching.
Berikut merupakan senarai nama mangsa yang terkorban:
- Ronany Ting, 33 tahun (Pemandu)
- Siti Aisha Abdulah, 36 tahun
- Mohd Ahmad bin Mohd Hamdan, 4 bulan
- Muhd Mustaqim bin Mohd Hamdan, 5 tahun
- Mohd Aiman bin Mohd Hamdan, 7 tahun
- Wallace Phang, 7 tahun
- Alvin Phang, 12 tahun
- Khairunnisa binti Muhamad, 14 tahun
- Nor Shuhada binti Mohamad, 16 tahun
Menurut sumber, kejadian menyayat hati itu berlaku selepas kenderaan pacuan empat roda berkenaan cuba berundur selepas kapasiti feri penuh.
Walau bagaimanapun, kenderaan itu meluncur ke arah sungai secara tiba-tiba sebelum terjunam ke dalam sungai dalam keadaan arus yang agak deras.
Orang ramai berusaha untuk membantu mengeluarkan mereka yang terperangkap namun, semuanya sudah tidak sedarkan diri.
Kesemua mereka yang terkorban dihantar oleh polis ke Klinik Kesihatan Beladin dan kematian disahkan oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Beladin, Awang Mohd Hamizan Awang Indra pada 7 malam semalam.
Sedih betul admin bila baca berita ni. Lebih-lebih lagi ada baby pula antara yang terkorban. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Semoga tabah dalam menempuhi ujian ini.
Baca: Bapa Berkeras Nak Redah Banjir Guna Kereta Sebelum Anak-anak & Isteri Lemas ‘Ditelan’ Arus Deras