Baru-baru ni, viral di media sosial tentang kisah sebuah keluarga yang daif pada bulan Ramadan ini sehingga terpaksa makan nasi berlaukkan garam selama 3 hari kerana tiada wang nak beli makanan, lapor Malaysian Gazette.
Kisah ni telah mendapat perhatian di media sosial sehingga ada yang mempersoal sama ada keluarga ni pernah mendapat bantuan pusat zakat ataupun tidak.
“Mungkin Puan Marsyila ni terlupa berapa banyak Bantuan Baitulmal yang telah diberikan kepadanya…”
Walau bagaimanapun, seorang individu yang dipercayai terlibat dalam pengurusan zakat telah menyenaraikan jenis bantuan serta jumlah yang telah diterima keluarga miskin tersebut.
Bantuannya bukan sikit-sikit ye min tengok, banyak juga siap pihak baitulmal bayarkan sewa rumah dari tahun 2011 sampai 2018! Maksudnya banyaklah jugak bantuan yang dorang ni dapat kan. Jadi tak bolehlah kalau korang kata pihak zakat tak buat kerja.
“Orang bukan Islam kritik zakat, wah bukan main cepat tambah perisa”
“Ada yang dah dapat bantuan lebih RM60k pun masih cakap tak dapat bantuan zakat. Bila ditanya, “Minta maaf ustaz, saya lupa”
Bukan itu je yang didedahkan netizen, malah ada juga beritahu sesetengah daripada keluarga ni ada yang dapat bantuan lebih daripada RM60,000 tapi masih cakap tak dapat bantuan. Aik??
Tapi bila ditanya betul ke tak dapat zakat, keluarga ni kata mereka lupa. Aduh! Buruklah nama pusat zakat.
“Bukan Baitulmal tak bantu siap tolong bayarkan sewa. Bukan tak mampu tapi taknak sebab mentaliti mengharapkan ihsan dan bantuan”
Apa-apapun bagi min, baguslah jugak kalau pusat zakat jelaskan perkara ni secara terperinci macam ni untuk orang letak pandangan buruk lagi kepada institusi ni. Tak baik kita menuduh tanpa usul periksa kan? Rupanya selama ni pihak zakat memang ada beri bantuan tapi orang je tak tahu.
Baca: LGBT, pelacur layak terima zakat Al-Riqab di Selangor – Mufti