in

“Orang mcm kau ni la yg membuat org luar sana takut dgn Islam!” – Michael Ang ‘Sound’ Peminat Kak Ani Kutuk Masuk Islam Sebab Nak Populariti

Ang2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Obses peminat dengan idola mereka kadang-kadang sampai tak ingat sensitiviti demi nak backup idola mereka. Kalau nak puas hati dengan seseorang itu,  dikutukanya sampai boleh mencetuskan kekecohan.


Hanya kerana menyuarakan pendapatnya, status agama Michael Ang dijadikan bahan kutukan netizen gara-gara tak puas hati komennya pasal Noraniza Idris ketika membuat persembahan di Konsert Gegar Vaganza minggu lepas.

 

Lu masuk Islam sebab mahu raih simpati peminat

Michael Ang ada menyuarakan komennya terhadap persembahan Noraniza Idris di Twitter beberapa hari lepas, baginya prestasi penyanyi lagu Dikir Puteri yang lebih mesra dengan panggilan Kak Ani itu patut tersingkir dan tak sepatutnya mara ke pusingan final.

Umumnya, Michael Ang ini kita kenal sebagai seorang yang begitu lantang dalam menyuarakan pendapatnya. Rasanya pasti ramai kenal dengan sikap ‘cakap lepas’ Michael Ang ni dan kritikan yang diberikan itu pun tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Kritikan itu telah mendatangkan rasa bengang peminat sehingga mendapat perhatian Michael Ang sendiri.

129754235 1547981722079585 3884304893799198563 N

129746380 707398203248747 1486191580885122423 N

129729286 690980174942441 4146192006040884968 N

Dalam perkongsian menerusi Instagram Michael Ang, ada seorang netizen yang menyebelahi Kak Ani mengutuk dirinya dan menuduh bahawa Michael Ang peluk islam semata-mata nak raih populariti.

129745486 714049912827884 116776278623964362 N  129761320 1045611402612778 7532017309962360948 N

Individu tersebut siap nak ajak bersemuka dengan Michael Ang lagi, selepas habis final Gegar Vaganza nanti.

Namun bagi Michael Ang, dia tidak begitu ambil pusing mengenai kritikan drama-drama terbitannya, tapi hinaan yang berbaur fitnah pasal niatnya menukar agama itu agak keterlaluan.

 

Orang yang beragama Islam macam kau ni la yang membuat orang luar sana takut dengan Islam! – Michael Ang

Walaubagaimanapun, Michael telah memaafkan individu tersebut. Selain itu, Noraniza Idris juga tahu mengenai kritikan Michael Ang terhadapnya dan ingin bersemuka dengan Michael Ang kerana tersinggung dengan kritikan tersebut. Lapor mStar.

 

Baca : “Dia letak lagu-lagu saya tak laku” – Netizen Tertanya-tanya Siapa ‘Komposer’ Yang Dimaksudkan Noraniza Idris Dalam Rancangan Ini

Kakani

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.