Zaman sekarang ni, penyebaran fitnah tu lebih senang nak di buat. Sebab apa? Sebab kepesatan yang berlaku dalam industri sosial media.
Boleh dikatakan, semua orang sekarang ni sudah ada laman media sosial mereka sendiri. Jadi mereka juga berfikir, mereka berhak meluahkan apa sahaja yang terbuku dalam fikiran di laman media sosial mereka itu sendiri.
Baru-baru ni, tular mengenai sebuah video pendek yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berseronok di dalam kelab malam dan tiba-tiba sahaja nama pelakon Syafie Naswip turut disebut ada dalam video itu.
https://www.instagram.com/p/B7OJ-Zan-ma/?utm_source=ig_web_copy_link
Seorang individu telah meninggalkan komen yang mengatakan bahawa dia ternampak Syafie Naswip dalam video itu.

Namun, akibat daripada tindakannya yang secara tiba-tiba menuduh pelakon itu, Syafie sendiri membalas komen tersebut.

Mungkin bimbang akan di saman oleh pelakon ini, individu tersebut telah membuat permohonan maaf melalui komen itu juga dan melalui video. Kemudian, Syafie memuat naik video permohonan maaf tersebut di laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B7OWVHvHekp/?utm_source=ig_web_copy_link
Namun begitu, permohonan maaf individu ini telah diterima oleh Syafie dan di berharap agar individu tersebut tidak mengulangi kesilapannya yang sama.
Dia juga berpesan kepada orang ramai supaya menggunakan media sosial masing-masing dengan lebih berhemah.
Ada Faiz Roslan?
Dalam video yang viral tersebut, kelihatan juga seorang Instafamous iaitu Faiz Roslan yang sedang asyik menari.
Macam biasalah, dia antara individu yang dikenali melalui video viral tersebut.
Namun, dia juga ada membuat penjelasan mengenai video tersebut di IG story miliknya.

Haa, apa pun, kalau tak pasti, jangan nak tingalkan komen berbaur fitnah ye. Buruk padahanya.