Sejak tahun lepas, ramai yang perasan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia, Tunku Tun Aminah atau lebih mesra dipanggil Ku Inah seperti menghilangkan diri.
Mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2007 bersama pasangannya Dennis Muhammad Abdullah, bahtera mereka pernah dikhabarkan bergolak tahun lepas namun dinafikan Ku Inah yang mengatakan dia bahagia disamping suami tercinta.
Semalam, adinda Ku Inah, Tunku Idris telah memuat naik IG Story mengatakan sosialit-sosialit di Kuala Lumpur akan terkejut bila melihat majlis yang bakal dibuat mereka pada tengahari semalam selepas banyak percakapan buruk yang ‘dibawangkan’ sejak tahun lepas.
Kemudiannya, Tunku Idris telah memuat naik beberapa gambar suasana di sekitar Majlis Berandam Surai puteri sulung Ku Inah dan suaminya. Ternyatalah, ‘kehilangan’ Ku Inah di laman sosial dan di mata public rupa-rupanya sebab mengandung. Aww tahniahhhh
https://www.instagram.com/p/B9Ti5JVBhvN/
Namun, Tengku Idris sempat mendedahkan yang kehilangan Ku Inah ini telah membuatkan ramai sosialit (orang kaya), anak ahli politik dari KL fitnah Ku Inah. Dorang cakap Ku Inah ‘hilang’ sebab masuk pusat pemulihan lepas ambil dadah jenis heroin. Gila betul orang-orang atas punya fitnah ni.
Ok orang KL, korang dah boleh start fikir alasan atau salahkan orang lain sebab buat cerita pasal kehilangan TTA dari public sebab dia penagih heroin.”
“Sosialit, anak-anak ahli politik dan semua orang yang berprestij dan orang-orang golongan atas.”
Sorry sebab kecewakan orang-orang dekat utara. Kami orang Selatan tak buat benda-benda macam tu dan tak masuk pusat pemulihan hanya sebab benda tu tengah trend.”
Akhir kata, Tunku Idris mengingatkan orang-orang yang mengata kekandanya ini untuk mendoakan Ku Inah macam mana dorang ingat nak selitkan nama TTA dalam gosip dorang.
Melihat berita mengejutkan dari keluarga diraja Johor ini, netizen turut tumpang gembira.
Mesti orang yang start buat gosip ni dah malu sekarang. Apa-apa pun tahniah Ku Inah dan Dennis!