Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata operasi kesalahan pengubahsuaian ekzos motosikal yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara bukan bertujuan ‘mencari wang untuk kerajaan’ ketika pandemik Covid-19 seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Menurut Sinar Harian, sebaliknya beliau berkata operasi tersebut bertujuan untuk mendidik pemilik kenderaan agar menghormati hak dan ketenteraman awam. Pihak polis sendiri sebenarnya banyak terima aduan orang awam terutama di kawasan perumahan yang merayu agar sesuatu dapat dilakukan tentang bunyi bising dari motosikal yang diubah suai.
Keharmonian dan keamanan kawasan perumahan diganggu oleh perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab, yang telah lakukan pengubahsuaian kepada ekzos motosikal demi untuk rasa hebat dan kepercayaan tidak logik iaitu boleh meningkatkan kelajuan motosikal terbabit.”

PDRM juga tiada niat mahu menyusahkan pengguna jalan raya dengan menjalankan operasi dan meningkatkan saman kerana ia dilaksanakan demi keselamatan penunggang motosikal serta pengguna jalan raya yang lain.
Kata beliau lagi, pengubahsuaian ekzos yang dilakukan pemilik motosikal bukan menelan kos yang murah namun ada yang sehingga mencecah ribuan ringgit. Semakan yang dilakukan mendapati rata-rata pemilik motosikal berminat dan berasa seronok dapat ubah suai.
Tujuan pengguna motosikal melakukan pengubahsuaian adalah kerana ingin motosikal milik mereka kelihatan lebih bergaya dan pada masa sama untuk meningkatkan kelajuan motosikal secara maksimum.”


Operasi Khas Ubahsuai Ekzos itu telah dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Mac lepas dan pihak Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah diarahkan untuk meningkatkan operasi-operasi di jalan raya dan melancarkan pelbagai operasi sejak tahun lepas lagi. Contohnya, operasi samseng jalan untuk lumba haram, operasi khas lampu isyarat lampu merah dan operasi khas kesalahan bunyi bising demi keselamatan orang ramai.
Baca: Pemilik Motosikal Boleh Dipenjara Sampai 6 Bulan Jika Bunyi Ekzos Bising

