in

One Dollar Hotel: Tawar Bilik Nombor 8 Dengan Harga RM3.80, Tapi Ada Syarat Yang Perlu Dipatuhi

One Dollar Hotel Tawar Bilik Nombor 8 Dengan Harga Rm3.80 Tapi Ada Syarat Yang Perlu Dipatuhi E1648348438388

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berapakah harga privasi anda?


Dengan harga 100 yen (RM3.80), anda boleh menginap di bilik nombor 8 di hotel ini kalau anda setuju dengan satu syarat iaitu anda perlu beri kebenaran pada pihak hotel untuk livestream segala perbuatan anda di dalam bilik sepanjang tempoh penginapan. Livestream ini akan ditayangkan di saluran YouTube hotel terbabit.

191120150854 Asahi Ryokan Exterior E1621748590623

Kedengaran tidak masuk akal dan mungkin menyalahi undang-undang tetapi itu adalah hakikat yang berlaku di Business Ryokan Asahi di Fukuoka, Jepun yang juga dikenali sebagai One Dollar Hotel atau 100 Yen Hotel.

Lapor New York Post, tujuan disebalik livestream ini bukanlah untuk publisiti semata-mata tapi untuk meyakinkan orang ramai untuk tinggal di bilik nombor 8 ini.

Japan Hotel Dollar Hotel E1621748482748

Memetik laporan media tempatan, pihak pengurusan hotel memaklumkan bilik nombor 8 ini adalah bilik yang paling kurang ditempah oleh pelanggan di hotel mereka. Oleh itu, mereka menganggap dengan menunjukkan livestream tetamu yang tinggal di bilik ini mampu meyakinkan orang ramai untuk menginap di sini.

Tak boleh buat benda tak senonoh dalam bilik

Nintchdbpict000541467531 E1621748394728

Saiz bilik nombor 8 ini kecil dan dilengkapi dengan tikar tatami, tilam untuk tidur, sebuah meja kopi dan cerek air. Malah, bilik ini juga menyediakan televisyen untuk hiburan tetamu.

Selain daripada perlu membenarkan pihak hotel merakam anda sepanjang masa di bilik nombor 8 ini, tetamu juga perlu mematuhi beberapa syarat lain antaranya tidak boleh melakukan aktiviti tidak senonoh yang boleh menyebabkan saluran YouTube mereka diharamkan oleh YouTube.

Tidak cukup dengan itu, tetamu juga tidak boleh berbogel dan perlu menukar pakaian di tandas. Kesemua syarat itu ada termaktub dalam perjanjian yang perlu ditandangani sesiapa sahaja yang mahu menyewa bilik nombor 8 ini.

Menurut laman web hotel ini, semua video livestream juga tidak mempunyai suara bagi menjaga privasi tetamu. Malah, mereka juga diingatkan untuk tidak mendedahkan mana-mana maklumat peribadi yang boleh digunakan untuk tujuan yang salah.

One Dollar Hotel Cnnph E1621748705627

Jika tetamu mahu tidur pula, lampu dibenarkan untuk ditutup tetapi rakaman masih akan terus dijalankan.

Jelas media tempatan lagi, semua tetamu yang menginap di bilik nombor 8 tidak diwajibkan untuk melakukan apa-apa persembahan atau aktiviti untuk menarik viewers. Pun begitu, ada juga tetamu yang mengunakan papan tanda untuk berinteraksi dengan penonton YouTube walaupun tiada suara yang dirakam.

Setakat artikel ini ditulis, laman YouTube One Dollar Hotel mempunyai 11.8 ribu subscribers dan 61 video yang telah dimuat naik.

Sumber: New York Post, Insider, 100 yen hotel

Baca: Siap Sedia! Hotel Angkasa Lepas Yang Pertama Di Dunia Bakal Dibuka 2027

Untitled Design 1 1 E1621748253954

Sumber: CNN
Sumber: KnowTechie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.