Dalam acara keirin sebentar tadi, pelumba negara iaitu Shah Firdaus dan Datuk Azizulhasni Awang menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia apabila acara ini menjadi harapan untuk menyumbang pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik.
Dalam acara yang dipertandingkan oleh Shah Firdaus, berlaku satu insiden perlanggaran di antara pelumba negara itu dengan atlet Britain, Jack Carlin.
#CyclingTrack | 7 Ogos
Men’s Keirin First Round – Heat 2
Berlaku perlanggaran antara Shah Firdaus 🇲🇾 & Jack Carlin 🇬🇧. Sergey Ponomaryov 🇰🇿 turut terjatuh. 😰 #Tokyo2020 #unifiedMalaysians #DemiMalaysia pic.twitter.com/ul6P4Qd8jT
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 7, 2021
Perlanggaran tersebut membuatkan Shah Firdaus terjatuh dan mengalami kecederaan ringan. Menurut laporan wartawan di lokasi, Shah Firdaus mengalami rasa sakit di bahagian tulang rusuk selepas perlanggaran itu.
https://twitter.com/bazlyazmi/status/1423903012435628035
Jack Carlin diserang ‘Bawang Rangers’
Perlanggaran tersebut ternyata membuat warganet Malaysia kurang senang dan berang dengan tindakan Jack Carlin. Kesannya, dilaporkan Instagram Jack Carlin telah dibanjiri oleh warganet tempatan yang mengecam atlet itu.
Meninjau di ruangan komen hantaran Jack Carlin, rata-rata warganet Malaysia mempersoalkan tindakan atlet itu yang terlalu agresif sehingga mengakibatkan perlanggaran tersebut.
Jadi profesional
Melihat tindakan warganet Malaysia yang menyerang Jack Carlin, Hafizal Hamad dan Zainal Abidin Rawop menasihati agar rakyat Malaysia bersikap profesional dan tidak menyerang atlet Britain itu.
Sambung mereka, perlanggaran dalam sukan lumba basikal trek adalah perkara biasa dan tidak boleh dielakkan. Rakyat Malaysia harus terus menyokong atlet negara dan menghormati pihak lawan.
Please la stop..
Be profesional fans pic.twitter.com/fPhQ6dYFZF— Hafizal Hamad (@hafizal_hamad) August 7, 2021
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama warganet Malaysia menyerang individu luar berkenaan sesuatu isu. Sebelum ini, warga Israel turut pernah menjadi mangsa ‘Bawang Rangers’ selepas mereka memperlekeh jumlah pingat Malaysia di Olimpik Tokyo.
BACA: “Who is koyak now?” – Aktivis Ini Perlekeh Malaysia Lepas Israel Raih Pingat Pertama Olimpik 2020