Semalam, kita dikejutkan dengan berita kemalangan pelumba negara iaitu Shah Firdaus Sahrom yang kemalangan ketika saringan kedua acara keirin di Olimpik Tokyo 2020. Namun, hari ini, berita gembira untuk semua rakyat Malaysia apabila jaguh trek Malaysia iaitu Datuk Azizulhusni Awang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam acara Keirin pada pagi tadi.
Beliau yang juga dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu telah berjaya membawa pulang pingat perak untuk Malaysia. Manakala pingat emas pula dimenangi oleh Jason Kenny iaitu pelumba dari Britain.
Alhamdulillah! Jaguh trek negara, Datuk @AzizulAWANG berjaya mendapat tempat kedua dan membawa pulang pingat perak untuk Malaysia dalam acara Keirin berlangsung di Velodrum Izu sebentar tadi.#SokongMalaysia#WeBelangTogether pic.twitter.com/tgKUzO3pCz
— Astro AWANI (@501Awani) August 8, 2021
“Malaysia.. Untuk anda, untuk sukan Malaysia,” – @AzizulAWANG
Senyuman sang juara yang menyimpan beribu kisah suka duka dalam perjalanan panjang membawa harapan menggunung Malaysia di bahunya. #Tokyo2020#Silver#MAS#CyclingTrack pic.twitter.com/0DjI1eSojU
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 8, 2021
Pingat gangsa pula dimenangi oleh Harrie Lavreysen iaitu atlet Belanda. Sehingga kini, nama Azizulhasni Awang sedang trending di Twitter berikutan ribuan rakyat Malaysia yang mengucapkan tahniah buat atlet kelahiran Terengganu ini.
Bronze in Rio… Silver in Tokyo. Jason Kenny was just too strong today. But what a race from Datuk Azizulhasni Awang. In every Keirin race, he was at this best and in the final, he pushed till the end, but Kenny just got his tactics right. Malaysia will celebrate this! pic.twitter.com/XRS2TB8MgR
— T. Avineshwaran (@avineshW90) August 8, 2021
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada The Pocket Rocketman!
Sumber: Twitter Astro AWANI
Baca: “Bukan salah Jack Carlin”- Pelumba Negara Jatuh Ketika Perlumbaan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku