Baru-baru ini, seorang individu ditahan oleh polis daerah Kemaman selepas dikatakan membuat kenyataan jelek dan menghina pasukan keselamatan di laman Facebook.
Difahamkan, lelaki itu telah memuat naik status memarahi pihak polis yang melakukan sekatan jalan raya kerana menyebabkan jalan sesak.
Mung nak wat roblok jalan 2 lane, mung letak la orang pun 2 lane. Dari 2 lane jadi 1 lane, memang sumbak la tol*l.”
Status itu ada dimuat naik di Facebook Bandar Chukai Kemaman dan tidak lama kemudian, polis Kemaman berjaya jejaki lelaki tersebut dan menahannya. Melalui Facebook juga, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman memuat naik satu gambar menunjukkan kereta Proton X70 berwarna maroon yang diparkir di sebuah rumah.
Nak buat teka teki. Sape boleh jawab soalan ni. Mantap pak abu. Siapakah tuan punya kereta ni? Dimanakah dia? Kemanakah dia?”
Pelajaran dari perkara di atas…. BEHAVE YOUR SELF….. kami pun taknak duduk tengah panas ni. Tapi harap rakyat Kemaman memahami kenapa dan mengapa tindakan sebagini kami ambil.”
Bagaimanapun melalui status dimuat naik oleh My_CrimeWatch di Twitter, kebanyakan netizen bersetuju dengan cadangan individu tersebut berkenaan road block dilakukan di 2 lorong. Menurut mereka, ada benarnya juga yang dikatakan lelaki tersebut kerana faktor pemandu yang ada urusan kecemasan namun tersangkut dalam traffic jam.
Apatah lagi, negara-negara luar pula melakukan sekatan jalan raya dengan cara yang lebih efektif dan tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas yang melampau. Sebagai contoh, boleh lihat gambar di bawah.
Ada segelintir netizen pula mempertikaikan tindakan pihak polis yang sanggup mengerah pasukan untuk menjejaki lelaki tersebut, sedangkan mereka boleh mempertimbangkan cadangan yang bukan pertama kali dibangkitkan oleh rakyat itu.
Selain itu, ada juga yang berpendapat cara polis Kemaman muat naik status di Facebook itu tidak profesional dan berbunyi angkuh. Namun, ada yang berpendapat lelaki itu patut ditahan kerana kenyataan menghina pihak berkuasa dengan panggilan ‘lembu’.
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1355162021990289413
Mungkin pihak berkuasa peka dengan cadangan itu tapi ada sebab tersendiri ianya tidak dilaksanakan. Apa-apa pun hati-hati dengan apa yang kita update dekat status. Ada yang memerhati!
Baca: Polis Buru Pemilik Facebook ‘Respati’, Muat Naik Posting Jelik & Hina PDRM