Selain mempunyai pemandangan yang cantik Indonesia juga kaya dengan budayanya yang tersendiri.
Antara aktiviti kebudayaan yang sering mendapat perhatian adalah perarakan ogoh-ogoh, patung watak mitos budaya setempat.
Baru-baru ini, terjadi suatu kejadian sebuah ogoh-ogoh berbentuk singa hangus dijilat api ketika Karnival Pondok Bambu yang diadakan di Desa Bunder Kabupaten Cirebon.
Kejadian itu berlaku dengan pantas dan api yang marak telah menjilat ogoh-ogoh singa yang besar itu dalam sekelip mata. Video kejadian itu boleh dilihat di bawah.
Artikel berkaitan: Bomba Selamatkan 9 Mangsa Dalam Insiden Papan Iklan Terbakar di Lebuhraya Persekutuan
Artikel berkaitan: “Tiba-tiba tren panas” – Penumpang LRT Kongsi Detik Cemas Gerabak Lalu Sebelah Api Marak
Memetik laporan Jogjapos, kebakaran itu dipercayai berlaku akibat percikan flare yang digunakan oleh seorang lelaki ketika berada di atas ogoh-ogoh itu.
Percikan flare itu telah terkena pada bahagian yang mudah terbakar dan api terus membakar keseluruhan ogoh-ogoh itu.
Lelaki itu telah berusaha memadam api yang mula membakar, namun usahanya itu gagal. Walaupun ogoh-ogoh itu telah hangus terbakar, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.