in

“Objek bentuk segitiga berkelip – kelip” – Amerika Sahkan Video Penampakan UFO

Alien

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akhirnya membuka mulut mengenai video penampakan UFO yang telah ‘bocor’ dari simpanan sulit mereka baru – baru ini.


Mengelaskan kejadian penampakan tersebut sebagai ‘fenomena udara yang tak dikenalpasti’ (UAF), Jabatan Pertahanan Amerika tidak menafikan yang bahawa rakaman video tersebut adalah sahih dan tidak disunting.

Jurucakap Pentagon, Sue Gogh mengesahkan kepada CNN bahawa gambar dan video yang menunjukkan beberapa fenomena berbentuk sfera, seakan akan biji pokok oak dan kepingan logam tersebut adalah sahih dan ianya diambil oleh seorang anggota tentera laut.

Walaubagaimanapun, kami tidak akan memberikan sebarang komen tambahan atau dedahkan keputusan kajian nanti.

Difahamkan, kenyataan ini terpaksa dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika kerana rakaman ini sememangnya diambil oleh seorang anggota tentera laut mereka dan video tersebut telah ‘bocor’ dan tular diinternet.

Ini adalah video dan gambar yang dimaksudkan… Kelihatan sebuah objek berbentuk segitiga yang berkelip terbang di langit.

Screenshot 2021 04 13 At 10.59.32 Am

Lebih Dari Satu Penampakan Sebenarnya

Kalau nak diikutkan, sebenarnya lebih dari satu penampakan yang dilaporkan, dan ianya banyak berlaku pada tahun 2019.

Disebabkan laporan – laporan ini, pada April 2020, pihak Amerika telah memberikan tiga contoh video yang ada dalam simpanan mereka. Masing – masing menunjukkan kelajuan luar biasa objek – objek ini.

Menurut bekas pengarah risikan era Donald Trump, siasatan telah dilakukan oleh jawatankuasa khas dan menurut laporan tersebut, sememangnya banyak penampakan ‘fenomena udara yang tidak dikenal pasti’ ini yang diterima dari seluruh dunia!

Sememangnya banyak penampakan yang kami sengaja dedahkan kepada umum.

Sumber : The Guardian

Baca : [VIDEO] ‘Time Traveller’ Dari Planet ‘Vadho’, Ramal Bumi Musnah Tahun 2788 & Ada  Penemuan Baharu Di Lautan Atlantik Oktober Ini?

Baca

Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.