in

“Nyanyian sampai ke hati” – ‘Cover’ Ku Ikhlaskan Oleh Ara Johari Kini Trending Di YouTube

Untitled Design 2022 03 28T112320.457

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagu single hasil nukilan jutawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida (DSV) berjudul Ku Ikhlaskan mendapat perhatian netizen sejak ia dikeluarkan pada minggu lalu.


Single tersebut meraih 2.5 juta tontonan dalam masa tujuh hari sahaja, difahamkan lagu tersebut menceritakan kisah duka lara serta keperitan dan kecaman yang sentiasa dihadapi oleh ahli perniagaan tersebut.

Bagaimanapun, kerana DSV bukanlah seorang penyanyi, rata-rata netizen merasakan lagu tersebut dihasilkan dengan baik tetapi dari segi nyanyian DSV masih perlukan sedikit polishing.

Oleh kerana lagu tersebut semakin meningkat naik, beberapa penyanyi lain juga membuat cover untuk lagu tersebut dan antara yang menarik perhatian adalah cover daripada penyanyi bersuara tinggi, Ara Johari.

Setakat ini, video cover oleh Ara Johari itu telah mendapat lebih 300k tontonan di laman YouTube, malah video cover tersebut kini berada di tangga keempat ‘trending’ untuk muzik dalam platform tersebut.

Nyanyian merdu Ara Johari ini juga mendapat perhatian di TikTok dengan jumlah tontonan mencapai 43k serta lebih 40k tanda likes.

“Better than original!” 

Nyanyian Ara Johari memukau ramai netizen dan rata-rata memuji persembahannya yang bersungguh dan begitu ikhlas walaupun ia sekadar video cover.

Ara

Kalau lagu itu betul ‘kena’ dengan penyanyinya dengar banyak kali pun sedap je kan?

Baca: “Alamak, kantoi sangat ni” – Live Ku Ikhlaskan DSV Di Big Stage Rupanya Miming?

Untitled Design 2022 03 28T111908.137

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.