Bagi warga asing yang menetap di luar negara asal, setiap kali musim perayaan pastinya berdepan dengan keadaan yang menyedihkan iaitu terpaksa berjauhan daripada keluarga. Atas faktor tuntutan kerja, ada antara mereka tidak dapat pulang ke kampung halaman dan hanya meraikan perayaan melalui panggilan telefon mahupun video.
Di Singapura, 10 orang pekerja asing yang majoritinya menyambut Deepavali, dipilih untuk menyertai satu sesi photoshoot sebagai ekspresi perayaan itu.
Artikel berkaitan : Warga Asing Mengaku Buat Solat Zohor 12 Rakaat, Ini Penerangan Bilangan Solat Mazhab Lain
Artikel berkaitan : Tertinggal Anak Di RNR Pagoh, Ibu Bersyukur Ada Warga Asing Baik Hati Pinjamkan Telefon Jaga Anak
Menariknya, mereka ditata rias ibarat model majalah, dengan tajaan penuh pakaian berupa baju, seluar, beg, dan kasut serta hairstyle sebelum mempamerkan aksi posing seperti model.
Kempen itu dilaksanakan oleh badan kebajikan untuk pekerja-pekerja asing, ItsRainingRaincoats (IRR) bertempat di Pusat Rekreasi Sembawang, Singapura.
Menurut pengasas pertubuhan ini, Dipa Swaminathan, selain memberi sedikit kegembiraan kepada mereka sempena Deepavali, kempen ini juga bertujuan untuk mempamerkan sisi lain pekerja asing di Singapura, sekaligus mengubah ‘stereotype’ mereka yang hanya berpakaian sama setiap hari ke tempat kerja.
“Idea projek ini adalah untuk menampilkan mereka sebagai individu biasa dan bukan sebagai orang asing. Bayangkan kalau mereka ditampilkan dalam iklan di Singapura. Semangat itu sangat berharga, dan ia petunjuk bahawa mereka dapat diterima dalam komuniti mungkin dengan cara ini.”
IRR juga mengambil masa kira-kira sebulan untuk mendapatkan tajaan lebih daripada 60 daripada jenama fesyen dan kasut, namun hanya enam sahaja yang memberikan maklumbalas termasuk label terkenal, PEDRO.
“Untuk kami bantu tonjolkan dan perhatian diberikan kepada mereka, adalah sesuatu yang kami ingin lakukan.”- Jurucakap PEDRO
Menurut salah seorang warga asing yang menetap di Singapura selama 13 tahun, Chandra Sekar, dia mendapat sokongan penuh keluarganya sesekali untuk melakukan sesuatu yang lain daripada kerja hariannya. Malah dia mendapat tajaan lebih 10 barangan berharga melebihi $100 Singapura Dollar bersamaan RM330 Ringgit Malaysia.
“Mak saya cakap, dah kerja teruk-teruk di Singapura, apa kata cuba cuba pulak ‘something different'”
Manakala bagi warga Bangladesh, Sarker Md Alamin pula, dia kini melihat dirinya setaraf dengan model popular di TV, billboard, dan majalah.
“Sekarang saya sudah menjadi STAR, dan sekarang semua orang dah kenal siapa Sarker. Tak sabar mahu hantar gambar saya kepada isteri, sebab dia menunggu macam mana rupa terbaru saya ni”
Dia yang bercita-cita menjadi pelakon dan model iklan, dapat menyimpan barangan tajaan tersebut sebagai hadiah yang diberikan oleh penaja, sama seperti sembilan rakan-rakannya yang lain.
Gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar profesional itu turut dimuat naik dalam media sosial jenama dan penaja.
Sesekali warga asing jadi model, kot-kotlah menjadi ada rupa Shah Rukh Khan kan?
Sumber : Straits Times