in

“No wonder adik saya berapa kali ceraikan” – Kakak Ipar Dedah Video Bakal Suami ‘Ghaib Last Minute’ Hanya Untuk Content TikTok?

Kahwin11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini viral satu kisah nasib malang seorang wanita apabila detik bahagia yang dinanti-nantikan itu berubah menjadi satu detik suram dalam hidupnya, bayangkan segala persiapan sudah dibuat dan pada hari majlis berlangsung tiada kelibat pengantin lelaki langsung.


Kisah perit ibu tunggal ini dikongsikan menerusi akaun TikTok sebelum dipadamkan dan mendapat perhatian netizen. Ramai yang bersimpati dengan nasib wanita tersebut dan keluarga mereka, tapi baru-baru ini insiden dalam video itu dikatakan palsu?

 

Dia kata saja-saja buat content marketing

Korang boleh tengok video tu disini.

Memandangkan video itu viral, seorang netizen yang dikatakan kakak ipar kepada wanita tersebut ada membuat kenyataan bahawa sebenarnya wanita itu dah berkahwin selama hampir 2 tahun dah pun.

Apabila dia tanya wanita itu, pengantin tersebut menjawab “hanya saja-saja untuk content pemasaran”

Kenyataan itu diberikan menerusi ruangan komen di Facebook, ia telah menimbulkan kemarahan keluarga mertua termasuklah suami kepada wanita tersebut.

“Nak like & view banyak sampai sanggup fitnah diri sendiri memang dunia akhir zaman betul.”

Kata wanita itu lagi, pasangan ini difahamkan dah banyak kali cerai tetapi keluarga wanita ini masih mempertahankan hubungan mereka dek kerana menangkan nasib keluarga.

“No Wonder adik saya dah berapa kali ceraikan dia, tapi kami pujuk pertahankan rumah tangga dia sebab kesian dekat anak dia.”

Kata wanita itu lagi, dia dah banyak sabar dengan kerenah adiik iparnya dan kini pasangan itu dalam proses penceraian untuk kali ketiga.

“Sekarang dia memang dalam proses penceraian untuk kali ketiga. Dah banyak sabar dengan kerenah dia dan keluarga dia.”

Ep Vuy8U0Aet5W2

Screenshot ini dikongsikan semula di Twitter sehingga meraih 6.5K retweets dalam masa kurang 24 jam ia dikongsikan. Rata-rata netizen bengang dengan tindakan wanita (pengantin) itu.

 

Fame is a news drugs – Netizen

Kahwin Kahwin2 Kahwin3 Kahwin4 Kahwin5 Kahwin6 Kahwin7

Apapun, masih belum jumpa lagi kesahihan cerita ini, tetapi bila min cari pengguna TikTok dan video asal, ianya telahpun dipadamkan.

 

Baca : “Duit mas kahwin lesap” – Pengantin Lelaki Cabut Lari Masa Wedding Biarkan Isteri Tanggung Hutang RM480k

Kahwinn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.