in

Nikocado Avocado: YouTuber Vegan Jadi Obes & Berpenyakit Dek Kerana Mukbang

Collage 69

Bila sebut je pasal mukbang mesti korang akan terbayang makanan yang banyak kan? Kalau korang nak tahu, mukbang yang bermula dari Korea ini adalah campuran dari perkataan muk-da (makanan) dan bang-song (penyiaran atau broadcasting).

Mukbang telah menjadi fenomena besar di kalangan remaja di Korea di mana mereka bercakap di depan kamera tentang kehidupan mereka sambil makan. Fenomena ini kemudiannya menjadi ikutan ramai di seluruh dunia.

Hari ini, min nak ceritakan tentang Nicholas Perry seorang YouTuber dikenali sebagai Nikocado Avocado yang bermula sebagai seorang vegetarian yang pentingkan kesihatan sebelum perlahan-lahan bertukar menjadi seorang obesiti dan berpenyakit gara-gara mukbang.

Transisi Nicholas Perry ke Nikocado Avocado

Nicholas yang lahir di Ukraine ini telah mengakui bahawa kehidupannya semasa kecil memang bermasalah dan telah beberapa kali mengikuti terapi diawal usia 5 tahun.

Di antara tahun 2011 dan 2012, lelaki ini telah bekerja sebagai pemain violin secara freelance sebelum berpindah ke New York pada tahun 2013 bagi mengejar impiannya untuk bermain okestra di Broadway.

Ketika ini, Nicholas merupakan seorang vegetarian dan gembira untuk mengekalkan diet sihat ini.

Nicholas kemudiannya bertemu dengan seorang lelaki Colombia, Orlin Home di grup Facebook Vegan sebelum meninggalkan kerjaya muziknya untuk tinggal bersama-sama lelaki tersebut di Amerika Selatan.

Orlin kemudiannya menggalakkan Nicholas untuk membuat channel Youtube sendiri pada tahun 2014. Maka lahirlah Nikolas Avocado yang menceritakan tentang kebaikan veganism dan rutin senamannya.

Semuanya berubah apabila pada 1 September 2016, Nicholas memuat naik video bertajuk “Kenapa saya bukan lagi YouTuber vegan“. Di sini, lelaki ini mengatakan dietnya sebagai vegan telah menyebabkan dia kekurangan vitamin dan mentalnya tak stabil.

Beberapa minggu selepas itu, Nicholas membuat video mukbang pertamanya di mana dia telah makan makanan yang banyak tanpa daging menunjukkan seleranya yang besar sebelum mula memperkenalkan pizza dan makanan segera lain dalam kuantiti yang banyak.

Penonton yang melihat perubahan pilihan makanan Nicholas ini mula meluahkan kebimbangan mereka tentang kesihatan lelaki ini.

Mukbang dan drama

Channel Nikocado Avocado mula menjadi semakin popular apabila Nicholas bukan sahaja menunjukkan dia makan makanan-makanan fast food yang banyak malah turut selitkan drama yang berlaku dalam kehidupannya seperti bergaduh dengan Orlin dan macam-macam lagi.

Drama seperti curang, berkahwin dengan kekasihnya, berpisah, menangis dan bergaduh ini jelasnya dapat menarik perhatian lebih ramai penonton. Pun begitu, dalam salah satu temubual, Nicholas mengakui bahawa apa yang orang lihat di video tersebut hanyalah lakonan semata-mata.

Semua benda hanyalah lakonan. YouTube adalah platform untuk cipta karakter dan hiburan. Apa yang korang semua tengok di kamera adalah lakonan untuk dapatkan klik. Saya bijak kerana tahu drama boleh jual konten.”

Untuk pengetahuan korang, Nicholas berjaya buat duit dan menjadi kaya dengan tujuh channel YouTube yang aktif dan mempunyai lebih 7.2 juta pengikut. Bukan tu je, dia juga turut menjual baju dan hoodies dengan mukanya.

Kesan populariti ke atas Nikocado Avocado

Jika korang mengikuti perjalanan Nicholas, korang boleh tengok bagaimana lelaki ini berubah dari seorang vegan ke seorang obesiti dan mengatakan yang beratnya sekarang telah pun mencecah lebih 180kg!!!

Malah bukan itu sahaja, menerusi temubual dengan majalah kesihatan pada tahun 2019, lelaki ini mengatakan yang dia mempunyai masalah ereksi di mana masalah ini hanya berlaku bila dia mula membuat mukbang.

Saya tak boleh tidur sebab saya rasa saluran penghadaman saya macam terbakar.”

Bagaimanapun, Nicholas sering “sorokkan” masalah berat badannya ini dengan mengatakan bahawa ianya hanyalah berat air dan bukannya lemak.

Kebanyakan peminat setianya telah mengutarakan kebimbangan mereka lebih-lebih lagi selepas melihat lelaki ini membeli-belah di Walmart dengan menggunakan skuter elektrik yang biasanya digunakan oleh golongan OKU.

Pada September tahun lepas pula, Nicholas ada kongsikan yang tiga tulang rusuknya patah akibat batuk yang teruk.

Nicholas bagaimanapun berkata yang dia akan berhenti membuat Mukbang apabila dia berusia 30 tahun, namun sehingga sekarang dia dilihat masih lagi aktif.

Sumber: El Pais

 

Baca: Misteri Kate Yup: Ada Kesan Lebam & Sering Tutup Mata, Netizen Spekulasi YouTuber Mukbang Ini Diculik & Dipaksa Makan Depan Kamera

Screenshot 2022 07 29 At 4.33.34 Pm