in

Nights of Fright® 11 Kembali! Festival Seram Paling ‘Best’ Di Sunway Lagoon Tahun Ni!

Kalau sebelum ni korang fikir dah pernah rasa semua jenis seram, tunggu dulu. Tahun ni Nights of Fright® (NOF) 11 kembali dengan versi paling gelap, paling ganas dan paling gila pernah dibuat. Dari 26 September sampai 2 November 2025, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad malam, Sunway Lagoon akan bertukar menjadi pentas mimpi ngeri penuh jeritan.

Masuk tahun ke-11, festival ini memang bukan biasa-biasa. NOF telah berjaya menarik lebih sejuta pengunjung sejak 2013. Kali ini mereka hadir dengan lapan rumah hantu baharu, satu teater berhantu, tiga scare zone, 13 thrill rides dan pelbagai aktiviti khas yang boleh buat korang confirm hilang suara menjerit.

Puppetmaker, Hantutu dan Koleksi Seram Baharu

Press Release Image 1 Nights Of Fright® 11 Fear The Night Feel The Fright 25 August 2025 scaled

Tema utama tahun ini dikuasai oleh The Puppetmaker, seorang maestro gila yang membawa pengunjung masuk ke bengkel penuh boneka hidup yang menyeramkan.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga akan bertemu dengan ikon baharu iaitu Hantutu, hantu creepy-cute dengan tutu pink yang muncul dalam rumah hantu paling unik, The Blind Box. Rumah hantu ini diinspirasikan daripada kotak koleksi mainan gergasi, lengkap dengan efek Chromadepth 3D yang membuatkan pengunjung rasa seperti masuk ke dalam dunia pop-art nightmare!

Antara tarikan lain yang wajib dicuba:

Press Release Image 7 Nights Of Fright® 11 Fear The Night Feel The Fright 25 August 2025 scaled

  • Karak – The Kampong Killers: Urban legend paling viral di Malaysia lengkap dengan VW Beetle kuning dan kampung berhantu.
  • Fortunes & Freaks: Sideshow karnival seram penuh ramalan nasib terkutuk dan freakshow pelik.
  • The Freezer 2: High Voltage!: Sambungan maze ikonik NOF dengan ais, api dan zombie cair.
  • Tiki Terror: Perjalanan seram dalam hutan terkutuk penuh shamans, patung tiki dan unggun api.
  • Legends of Horror: Dracula, Frankenstein, Mummy dan Werewolf bertembung dengan Van Helsing.
  • Horrorwood Studios – Final Fright: Tribute seram filem cult seperti Annabelle dan Texas Chainsaw Massacre.
  • Scarytales Theater: Filem pendek baharu berjudul
  • PontianAxe, lakonan Nadia Brian yang muncul sebagai pontianak berdarah!

Aktiviti Seram dan Pop-Up Unik

Press Release Image 6 Nights Of Fright® 11 Fear The Night Feel The Fright 25 August 2025 scaled

Bukan setakat rumah hantu, tahun ini juga menampilkan pelbagai kolaborasi dan pop-up seram yang unik. Antara pengalaman baharu yang pengunjung boleh cuba termasuk:

  • Escape of Hantu Kum Kum by Libresse – sebuah escape experience dalam kapal berhantu.
  • Villain Hitting by Poh Kong – aktiviti untuk “memukul” bad luck menggunakan gold bar.
  • Pop Mart Photo Op – sesi bergambar dengan props seram eksklusif.
  • Pos Malaysia Scream, Snap & Post – pengunjung boleh kumpul setem eksklusif di lima haunted stations dan tebus hadiah misteri.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati street food bertema seram, membeli merchandise khas edisi seram dan menyaksikan persembahan live show sepanjang malam.

Tiket dan Maklumat Penting

Nights Of Fright 11 Park Map scaled

Harga tiket Nights of Fright® 11 ialah:

  • RM128 (1 tiket masuk + popcorn perisa misteri)
  • RM226 (1 tiket masuk + express pass + popcorn perisa misteri)

Tiket boleh dibeli melalui Sunway Super App (SSA), OTA atau laman web rasmi Sunway Lagoon Nights of Fright 11.

Korang dah ready ke nak hadap jeritan paling ngeri tahun ini? Sama ada berani masuk rumah hantu sorang-sorang atau hanya mampu dengan geng, Nights of Fright® 11 memang menjanjikan pengalaman seram yang luar biasa.

Festival ini berlangsung dari 26 September sehingga 2 November 2025 pada setiap hujung minggu di Sunway Lagoon. Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada Festival of Fear paling besar di Asia Tenggara.