in

“Niatnya hendak keluar cari makan” – Nurul Nazla Dilapor Hilang Selepas Ziarah Suami Di Hospital

nurul nazla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat seorang wanita untuk keluar sebentar mencari makanan bertukar menjadi tanda tanya apabila dia dilaporkan hilang selepas melawat suaminya yang sedang dirawat di Hospital Shah Alam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nurul Nazla Abdul Halim, 41, pada jam 12.06 tengah malam Ahad.


Beliau berkata, laporan itu dibuat oleh adik mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita berkenaan meninggalkan hospital sekitar jam 2 petang selepas selesai melawat suaminya.

“Rekod menunjukkan mangsa keluar dari Hospital Shah Alam pada jam 2 petang dan kali terakhir berhubung dengan suaminya kira-kira sejam kemudian melalui WhatsApp,” katanya.

Artikel berkaitan: ⁠Barang Kemas Dan Wang Tunai Hilang, Dr Fie Tawfek Buat Laporan Polis Terhadap Bekas Suami

Artikel berkaitan: Misteri Kehilangan Pemandu Lori Terjawab, Ditemui Dalam Parit Lepas Cuba Elak Lembu

Nurul Nazla
Nurul Nazla

Tambah Ramsay, selepas mesej terakhir itu, Nurul Nazla gagal dihubungi sehingga kini, sekali gus mencetuskan kebimbangan ahli keluarga.

Difahamkan, sebelum meninggalkan hospital, mangsa memaklumkan kepada suaminya bahawa dia ingin mencari makan di sekitar kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang.

“Mangsa berketinggian kira-kira 165 sentimeter, berat 92 kilogram, berkulit kuning langsat dan bertudung,” jelasnya.

Menurut beliau, kes tersebut diklasifikasikan sebagai orang hilang dan siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesan keberadaan wanita berkenaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Orang ramai yang mengetahui sebarang maklumat berkaitan kehilangan Nurul Nazla boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-400 3355.

Sebelum ini, ahli keluarga turut merayu bantuan orang ramai selepas usaha mengesan Nurul Nazla yang memandu sebuah SUV Proton X50 tidak membuahkan hasil, dengan kali terakhir dia dikesan berhubung sekitar jam 3 petang hari kejadian.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.