Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Sejak kerajaan membenarkan aktiviti rekreasi, hampir setiap minggu kawasan air terjun menjadi tumpuan orang ramai.
Namun, ramai yang tak sedar dengan bahaya yang mandi air terjun ini lebih-lebih lagi masa musim hujan macam sekarang ni.
Kita semua sedar dengan bahaya kepala air yang muncul secara tiba-tiba ni tapi tak ramai orang pernah lihat sendiri macam mana cepatnya air boleh menjadi deras.
Baru-baru ini, video tragedi kepala air yang berlaku di Cebu, Filipina ini telah viral di media sosial dan mendapat perhatian orang ramai.
Tak tahu bila air boleh pasang besar macam ni
https://twitter.com/chrissytwittwit/status/1442371330419032067
Dalam video yang tular, dapat dilihat sekumpulan orang sedang bermandi-mandi di atas batu di air terjun yang terletak di bandar Catmon di Cebu.
Namun, secara mereka mula bangun untuk menyelamatkan diri bila mereka sedar kepala air muncul secara tiba-tiba hingga menyebabkan air yang sangat deras.
Dapat dilihat dalam video dekat atas, ada juga orang yang tak sempat untuk selamatkan diri!
Menurut laporan dari Manila Bulletin, seorang remaja berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun mati lemas selepas hanyut dibawa arus deras ini.
Manakala seorang wanita yang juga ibu kepada kanak-kanak berusia 7 tahun itu masih lagi hilang dan dalam pencarian.
Manakala menurut CDN, seorang saksi mengatakan yang orang-orang di sana cuba untuk selamatkan mangsa-mangsa tersebut namun gagal kerana mereka telah dihanyutkan oleh arus deras.
Katanya lagi, kepala air yang muncul secara tiba-tiba itu mengejutkan orang-orang di sana kerana ketika itu tak ada hujan di kawasan itu dan dia hanya merasakan rintik-rintik hujan sahaja.
Pun begitu, orang yang menjaga kawasan tersebut telah pun memberi amaran tentang ada kemungkinan kepala air bakal berlaku namun tak dihiraukan oleh pengunjung-pengunjung di sana.
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian ini, mereka mula menyelamatkan diri selepas terdengar jeritan mengatakan arus deras sedang menuju ke arah mereka.
Allahu, korang hati-hatilah bila mandi dekat air terjun ni…
Baca: HATI-HATI, Ini Senarai ‘Hot Spot’ Kerap Berlaku Kejadian Mati Lemas Dari Jabatan Bomba