in

“Ni protein dan baik untuk kau”- Tertuduh ‘Berak’ Atas Tangan Sebelum Baling Najis Pada Hakim Dalam Mahkamah

Featured 34
Lobak Merah
Lobak Merah
"Ni protein dan baik untuk kau"- Tertuduh 'Berak' Atas Tangan Sebelum Baling Najis Pada Hakim Dalam Mahkamah
Loading
/

Korang pernah dibaling dengan najis manusia? Dengar pun dan jijik kan, apatah lagi mereka yang terpaksa berdepan dengan situasi kotor macam ni.

Kejadian yang berlaku di sebuah mahkamah di Miami, Florida ini memang sesuatu yang tak disangka apabila seorang tertuduh bertindak membuang air besar di dalam mahkamah ketika sesi perbicaraan sedang berlangsung.

Lebih menjijikkan tertuduh, Dorleans Philidor, 33 tahun dilaporkan buang air besar di atas tangannya sebelum membaling najisnya itu ke arah hakim dan menjerit.

Ia protein dan baik untuk kamu.”

Lajuge Et Dorleans Philidor

Difahamkan yang najis tersebut hampir sahaja mengenai hakim tersebut, malah situasi itu juga menyebabkan peguam dan orang ramai di dalam kamar mahkamah segera keluar dari bilik itu.

Perbicaraan juga terpaksa ditangguhkan selama kira-kira satu jam disebabkan kejadian tersebut.

“Beberapa anggota polis berusaha menangkap Philidor yang ketika itu seperti ingin memakan najisnya sendiri.”-Saksi

Perbicaraan kemudian disambung sejam kemudian dan juri mendapati yang Philidor tidak bersalah atas tuduhan merompak.

Namun dia masih ditahan atas dakwaan lagi iaitu membabitkan kecurian kenderaan. Selain itu dia mungkin berdepan pertuduhan terbaru atas tindakannya di dalam mahkamah.

Dah kenapa baling najis kat hakim, kalau tak tahan sangat lainkali mintak izin pegi toilet.

 

Baca : Tourist China pengotor Ibu Selamba Badak Suruh Berak, Biarkan Najis Anak Bersepah Kat Depan Mall Di Sabah

Cina