Kita semua tahu yang selain daripada memakai pelitup muka jenis surgical, ramai juga di kalangan orang awam di luar sana memakai mask jenis fabrik.
Hal ini kerana mask jenis fabrik ni murah dan boleh pula dipakai berulang kali. Bukan pakai buang macam mask surgical tu kan.
Pun begitu, mask jenis fabrik ni sebenarnya tidaklah berkesan sangat dalam melindungi individu daripada terkena jangkitan COVID-19.
Mask fabrik punca jangkitan COVID-19
Menurut Harian Metro, siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati ‘makcik gelang pink’ yang tular beberapa hari lepas bersama anaknya yang positif COVID-19 berpunca daripada pemakaian pelitup mula jenis fabrik. Alamak!
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, emak dan anak yang berasal dari Ipoh tersebut berkemungkinan mendapat jangkitan import dari United Kingdom.
“Siasatan awal kami mendapati pelitup muka yang dipakai mereka adalah jenis fabrik bukan kegunaan perubatan.
“Hasil saringan Covid-19 mengesahkan anaknya disahkan positif Sabtu lalu dan sedang dirawat di hospital,” katanya.
Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan kontak rapat dua beranak tersebut.
“Kalau dah guna banyak kali tak bercuci-cuci…”
Dalam pada itu, rata-rata netizen berpendapat pemakai mask fabrik ini kenalah rajin membersih mask mereka setiap hari selepas guna kerana itu juga boleh jadi punca ia kotor dan penuh bakteria.
Selain itu, adalah lebih baik kalau korang ikuti saranan KKM dalam memakai mask fabrik yang disyorkan WHO macam kat bawah ni.
Jenis pelitup muka fabrik yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Bermula 1 Ogos, orang ramai diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak termasuk dalam pengangkutan awam spt LRT, pasar dan pasar tani. pic.twitter.com/YuEzdCGPqk
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) July 23, 2020
Sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19 ni ye!