in

“Ni cerita KL Gangster ke?” – Kumpulan Kongsi Gelap ‘Geng 36 Selayang’ Tumpas Lepas Polis Berkas Ketua Geng, Malik

Collage 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan kongsi gelap yang dinamakan “Geng 36 Selayang” yang dipercayai aktif sejak tahun 2017 akhirnya tumpas selepas pihak polis berjaya memberkas ketua kumpulan ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asssisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kegiatan ini berjaya dibongkar selepas 16 ahli kumpulan termasuk dua adik beradik ketua geng ini telah berjaya ditahan dalam beberapa siri serbuan ini, lapor Harian Metro.


Ketua geng yang berjaya ditangkap ini dipercayai dikenali sebagai Malik. Eh, bukan Malik dah cuci tangan ke?

Dalam serbuan, polis turut menemui sepucuk pistol revolver .38 yang disyaki digunakan dalam beberapa kes jenayah termasuk satu kes bunuh di Batu Caves Julai lalu.”

Tak cukup dengan itu, semakan dari pihak polis mendapati Malik mempunyai 10 rekod jenayah lampau termasuk tujuk rekod dikehendaki polis.

Tenor 1

Malik dan kesemua 16 ahli geng ini telah pun ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan tujuh dari mereka telah pun dituduh di mahkamah.

Pun begitu, polis kini masih lagi giat memburu lima lagi ahli geng ini yang masih lagi bebas iaitu, TS Mugeelan, 29; V Ganegeshwaran, 27; M Jayenthiran, 25; G Navinthiran Ganasan, 25; dan R Prem Ganesh, 27. Semuanya berasal dari Selayang.

V1 1606715053

Berita penangkapan ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dengan nama ketua kumpulan ini yang sama dengan watak di dalam filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.

Screenshot 2020 11 30 At 2.11.53 Pm Down

Baca: Tak Puas Hati Dibuang Kerja, Bekas Polis Jadi Ketua Geng Kongsi Gelap “Abang Long Balang”

Screenshot 2020 11 30 At 2.23.14 Pm

Sumber: Tenor
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.