Nak didik anak bukanlah satu kerja yang mudah dan lain orang lain caranya. Tapi, setiap perbuatan kita sebagai seorang yang berakal ada batasnya. Even, nak pukul anak pun ada caranya. Yang pasti, cara mak dari Filipina ini memang melampau dan patut dikecam.
Menurut The Star, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang berasal dari Filipina ni dah beberapa hari tak pergi sekolah lepas mak dia suruh melutut atas bara. Seriouslyyy?
Dilaporkan, budak ni dihukum atas kesalahan yang dilakukannya pada 24 Jun lalu semasa Pesta St. John sedang dijalankan.
Nak dijadikan cerita, pada hari itu, budak-budak sekolah ini dibenarkan untuk pulang awal supaya dorang boleh meraikan cuti ini dengan bermain hujan.
Claire (bukan nama sebenar) memberitahu Inquirer tentang apa yang berlaku.
Selepas dibenarkan untuk pulang awal, Claire meninggalkan beg dia di dalam bilik darjah dan merancang untuk ambil semula kemudian. Malangnya, bilik darjah tersebut dah dikunci bila dia datang semula.
Dah nama pun pintu terkunci, nak buat apa lagi kan? So, kanak-kanak ini buat keputusan untuk pulang ke rumahnya.
Sesampainya budak ini di rumahnya yang tak jauh dari sekolah, mak Claire suspek yang anak dia ponteng sekolah dan suruh Claire patah balik dan ambil begnya yang tertinggal.
Kanak-kanak ini pun patahlah balik ke sekolahnya, tapi pintu tetap berkunci. Yalah, nama pun dah bagi balik awal, confirmlah semua dah balik kan?
Bila Claire pulang semula ke rumah tanpa begnya, ibunya ini mula bertindak untuk menghukum kanak-kanak ini. Wanita ini telah memukul Claire dengan objek keras dan pergi ke dapur untuk mengambil kayu api yang dah dibakar untuk memasak dan menyuruh anaknya melutut atas kayu tersebut. Ya Allah, teruk sangat ke salah anak makcik ni?
Lepas beberapa hari tak nampak muka Claire di sekolah, guru kelasnya mengambil keputusan untuk ke rumah budak ini dan ketika itu dia lihat anak muridnya sedang dalam kesakitan dan kedua-dua lututnya terbakar teruk.
Cikgu ni terus menghubungi ahli majlis Barangay iaitu badan perundangan bagi kawasan pedalaman di Filipina dan pihak polis untuk melaporkan keadaan anak muridnya ini.
Naib Datuk Bandar Tukuran, Delfina Cortina berkata, ibu bapa yang mempunyai habit memukul anak-anak mereka akan dipanggil oleh ahli majlis Barangay dan diminta untuk menandatangani perjanjian untuk berhenti mendera anak mereka.
Bagaimanapun, sehingga kini, masih belum ada tindakan atau statement tentang insiden ini yang dikeluarkan pejabat kebajikan dan pembangunan sosial.
Claire kini ditempatkan bersama atuk dan neneknya untuk mendapatkan rawatan manakala empat adik beradiknya yang lain masih tinggal bersama ibu bapanya.
Kalau korang nak tahu, atuk Claire dah warning mak bapak budak ni yang dorang tengah diperhatikan oleh pihak berkuasa. Harapnya mak bapak budak ni takutlah.
Apa punya kejamlah buat anak macam ni? Bukan budak ni buat salah besar pun. Even kesalahan dia besar pun kenapa nak bagi hukuman zaman batu ni?
Baca: “Lemak badan tinggal kosong peratus” – Remaja 12 Tahun Dirantai, Didera & Mati Kebuluran Dalam Motel