in

New Zealand Sahkan Penularan Terbaharu COVID-19, 3 Sekeluarga Positif

3 Sekeluarga Penularan Terbaharu Covid 19 Di New Zealand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, New Zealand mengesahkan negara itu merekodkan tiga penularan terbaharu virus COVID-19 dalam komunitinya.


Covid 19 Test 20200326 E1613278619284
Gambar hiasan

Menurut laporan Harian Metro, kes positif itu melibatkan tiga sekeluarga termasuk seorang wanita yang bekerja dengan syarikat perkhidmatan katering bagi penerbangan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan tidak mengaitkan kes terbabit dengan perkhidmatan makanan penerbangan susulan ada jurang lapan hari di antara hari terakhir wanita itu bekerja dan tarikh dia disahkan positif.

Kata Menteri Kesihatan Chris Hipkins, pihaknya masih mendapatkan lebih maklumat berhubung punca penularan yang masih samar.

“Kes ini masih baru dan jangkitannya aktif. Kita juga sedang melihat sama ada terdapat bukti COVID-19 ada dalam komuniti dan menular dalam kalangan mereka,” katanya.

Untuk pengetahuan, wanita dan anak perempuannya disahkan positif COVID-19 pada Sabtu, manakala sampel bapanya pula disahkan dijangkiti wabak sama pada Ahad.

Tambah Chris Hipkins lagi, sementara petugas kesihatan menyiasat punca jangkitan, tiada keperluan untuk memperkenalkan peraturan baru.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sekolah anak perempuan keluarga terbabit juga dilapor akan ditutup selama dua hari bagi membolehkan kakitangan dan murid lain menjalani ujian saringan.

Jacinda E1613278861633

Dalam pada itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden dilapor membatalkan urusan di Auckland dan kembali ke ibu negara bagi penerangan mengenai wabak berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Baca: [Video] Warganet ‘Salute’ Dengan Tindakan PM New Zealand Sanggup Potong 20% Gaji Sendiri Selama 6 Bulan Demi Rakyat

Pmnz E1613278347642

Sumber: Malay Mail
Sumber: DW

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.