in

New Zealand Bakal ‘Ban’ Jualan Rokok Kepada Individu Yang Lahir Lepas 2004

Cats 72

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan New Zealand kini sedang membuat pembentangan cadangan untuk menjadikan negara itu bebas rokok, termasuk inisiatif menghentikan jualan rokok kepada semua generasi.


Di bawah cadangan ‘Smokefree Aotearoa 2025 Action Plan’, New Zealand becadang meningkatkan had umur untuk merokok dan melarang penjualan rokok kepada individu yang lahir selepas tahun 2004.

Wu2Bq3B6Qve2Hborjsrovmgfyq

Inisiatif ini juga mensasarkan untuk mengurangkan paras nikotin di dalam produk tembakau, dan juga mengehadkan lokasi penjualan rokok. Harga minimum rokok yang tinggi juga termasuk dalam inisiatif negara ini.

Sasaran utama inisiatif ini adalah untuk menjadikan New Zealand sebagai negara bebas rokok. Rakyat New Zealand mempunyai tempoh sehingga 31 Mei untuk memberi cadangan dan pendapat mengenai undang-undang baru ini.

File 20210207 17 1I5Uo1Y

Bagaimanapun, inisiatif ini mendapat kritikan beberapa pihak yang kurang bersetuju dengan konsep ‘negara bebas rokok’. Sesetengah berpendapat inisiatif ini akan memberi kesan buruk kepada pemilik kedai yang menjual produk tembakau.

Malah, mereka juga berpendapat inisiatif ini boleh menyebabkan produk tembakau diseludup dan dijual secara haram di negara ini.

Apa pendapat anda tentang inisiatif New Zealand ni? Boleh ke Malaysia mengunakan inisiatif yang sama? Berikan pendapat anda di ruangan komen!

 

Kredit: RT News 

BACA: Wanita Pakai Vest Polis ‘Kawan’ Masuk Kedai, Ambil 5 Kotak Rokok Sebelum Cabut Lari

Capture 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.