Pejam celik, pejam celik, kita telah pun memasuki 10 malam terakhir Ramadan dan ini bermakna tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Jadi, memang ramai yang sibuk membeli barangan dan baju raya sebagai persiapan untuk menyambut hari kemenangan umat Islam itu setelah sebulan berpuasa.
Seorang pempengaruh berbangsa India yang dikenali sebagai thedavids21 baru-baru ini telah dipuji warganet selepas influencer tersebut membelikan baju raya baru kepada kanak-kanak anak yatim.
David berkongsikan perkara itu menerusi TikTok dan setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 700k tontonan di platform media sosial tersebut.
@thedavids21 Bila Kita Pergi Beli Baju Raya 🔥 Gothrough Sajalah ❤️ #fyp #fypシ #fyfyfyfy #fypmalaysia #lawak #lawakmalaysia PS: No one Get Hurt In this Video
♬ Chilling smooth Jazz music at Jazz lounge, jazz club or nice cafe(1379705) – ricca
Artikel Berkaitan: “Perghh tebal” – Khairul Aming Belanja Staf Lagi, Netizen Terkejut Tengok Sampul Raya ‘Berkepuk’ Duit
Artikel Berkaitan: “Nampak tebal” – Ramai Berteka-Teki Jumlah Duit Raya Diberi Khairul Aming Kepada Staf
Dalam video yang berdurasi lebih 2 minit itu, dapat dilihat pemuda India tersebut membawa kanak-kanak tersebut ke pusat pakaian Hari Hari dan kanak-kanak tersebut juga diberikan peluang untuk memilih sendiri baju baru dan songkok mereka untuk hari raya nanti.
Dapat dilihat juga dalam video berkenaan bahawa pihak HQ Pusat Pakaian Hari Hari telah memberikan diskaun 10 peratus untuk perbelanjaan baju baru untuk kanak-kanak tersebut.
Menurut pemuda ini, dia faham perasaan yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut kerana dia juga merupakan anak yatim yang dibesarkan oleh ibunya tanpa ayah di sisi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan pemuda ini yang baik hati membantu kanak-kanak tersebut beraya dengan pakaian baru.
Terima kasih orang baik.
Sumber: TikTok @thedavids21