in

Netizen Pelik Jumpa Axia Dipukul Ombak Tepi Pantai, Rupanya Ini Sebenarnya Yang Berlaku…

page 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular video berkenaan sebuah kereta Perodua Axia dilihat terdampar di tepi pantai dan dipukul ombak. Klip pendek yang dikongsi oleh pengguna bernama Zim itu melihatkan kenderaan tersebut tidak dinaiki atau diawasi oleh sesiapa.

Pada awalnya, netizen mula berteka-teki di ruangan komen, mempersoalkan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.


Walau bagaimanapun, Harian Metro melaporkan bahawa kenderaan tersebut kali terakhir dinaiki oleh seorang wanita dan dikatakan terbabas sebelum terjatuh dari tebing setinggi 5 meter.

Berlaku di Kuala Nerus, wanita yang bekerja sebagai seorang doktor di klinik swasta itu dikatakan dalam perjalanannya dari arah Kampung Mengabang Telipot untuk merawat pesakit sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 4 pagi.

Tiba saja di lokasi, Perodua Axia yang dipandu wanita berusia 30-an itu dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke tebing ketika menghampiri selekoh tajam. Kereta itu kemudiannya terjunam ke pesisir pantai Mengabang Talipot dari ketinggian lebih kurang lima meter.

Capturess

Wanita itu dibantu rakan kepada suaminya, Mohd Azwan Jusoh yang segera ke tempat kejadian. Difahamkan suami wanita itu sedang bekerja di luar kawasan.

Saya bersyukur kerana isteri rakan tidak cedera, namun dia berada dalam keadaan trauma dan ditenteramkan kakaknya yang tiba di tempat kejadian sebelum dibawa pulang ke rumahnya”

Selain dari hilang kawalan, pihak polis masih belum dapat mengenal pasti bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

Banyak risiko bila memandu di kawasan tebing ni. Nasib baik tak ada sesiapa yang cedera.

Baca: Kreatif! Ramai Tertarik Nak Beli Plastik ‘Bungkus’ Kereta Buat Persediaan Hadapi Banjir Lepas Tengok Video Ini

Captures 3

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.