in

Netizen Geleng Kepala Tengok Video Budak Minta Sedekah, Konfiden Jawab Nak Guna Untuk ‘Topup’ Game

Sedekah Ff E1659844555406

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, bermain video game ni ada manfaatnya seperti mengurangkan tekanan, meningkatkan penggunaan bahasa-bahasa dan memupuk semangat kerjasama. Walau bagaimanapun, kalau dah sampai benda lain semua tak boleh nak buat, asyik nak hadap game je, tak eloklah pulak macam tu.


Bercakap pasal video game, min nak kongsikan satu video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki meminta sedekah di jalanan. Pun begitu, tujuan dia meminta sedekah itu mendapat perhatian netizen.

Bukan untuk masjid tapi untuk topup game

Menerusi video yang telah dimuat naik semula, dapat dilihat seorang budak lelaki berkopiah dan berbaju kelabu berdiri berhampiran penunggang motosikal di jalanan. Budak terbabit juga dilihat ada membawa sebuah kotak yang difahamkan digunakan untuk mengumpul wang sedekah dari orang ramai.

260Ed198122F40060F3724D78E3B3413Jpg E1658022146210

Penunggang motosikal terbabit pula telah memulakan perbualan dengan budak itu dan bertanya kemanakah duit sedekah itu bakal disalurkan dan budak lelaki itu dengan selamba menjawab ia akan digunakan untuk topup satu video game bernama Free Fire.

“Jadi duit (sedekah) ini untuk apa, nak buat apa? Tambah nilai apa ni?” tanya penunggang motosikal.

“Topup FF (Free Fire),” jawab budak lelaki itu.

Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih ratusan ribu tontonan. Rata-rata pengguna laman sosial pula nyata tidak bersetuju dengan cara budak terbabit dan menyoal keberadaan penjaganya.

“Ibu bapa dia takkan biarkan dia keluar macam tu je? Dahlah minta sedekah kat tengah jalan,” kata seorang netizen.

“Geram betul dengan FF (Free Fire), kesannya teruk. Saya memang akan marah kalau anak main,” komen pengguna lain.

“Jangan salahkan permainan je. Sebagai ibu bapa, kena pandai didik anak,” kata yang lain pula.

Maxresdefault E1658022350286

Untuk pengetahuan, FF atau Free Fire merupakan video game berkonsepkan battle royale. Pada tahun 2019, FF menjadi video game telefon pintar yang paling banyak dimuat turun dan turut pernah memecah rekod dengan mempunyai 150 juta pengguna aktif dari seluruh dunia pada Ogos 2021.

Sumber: IG @medantalk

Baca: Remaja Jual Motor Ayah Semata-mata Nak Beli Tiket Flight Jumpa Lelaki Yang Dia Kenal Dari Online Game

Pjimage 2021 06 10T141215.138 E1658020624518

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.