Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob baru-baru ini telah dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan daripada Universiti Nihon, Jepun. Menurut laporan Malay Mail, penganugerahan tersebut diberikan atas sumbangan yang diberikan untuk melawan Covid-19.
Dalam masa yang sama, Ismail Sabri turut menyatakan bahawa anugerah tersebut adalah untuk semua ‘Keluarga Malaysia’ yang telah bersolidariti dan membantu pihak kerajaan semasa tempoh pandemik.
“Sememangnya, anugerah itu merupakan satu pengiktirafan yang besar bukan sahaja untuk saya tetapi untuk seluruh Keluarga Malaysia yang telah membuktikan keupayaan kita untuk menangani wabak Covid-19 dengan cara kita sendiri” – Perdana Menteri
Walaupun anugerah tersebut diberikan oleh salah sebuah institusi swasta terkenal dan tertua di Jepun, ada dakwaan netizen yang mendapati institusi berkenaan tidak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Dalam satu bebenang yang tular di Twitter, difahamkan pengguna tersebut ada membuat pencarian dalam sistem pengiktirafan melalui laman web MQA. Untuk mengesahkan perkara berkenaan, min juga telah membuat pencarian yang sama dan berikut adalah hasilnya :
Menurut laporan TRP, pengguna tersebut turut mempersoalkan kewujudan dan kesahihan universiti berkenaan yang dikatakan antara yang berprestij di Jepun namun tidak disenaraikan sebagai universiti yang diiktiraf MQA.
Sebagai perbandingan, netizen tersebut turut menyatakan bahawa isteri bekas perdana menteri, Datin Sri Rosmah juga pernah menerima ijazah kehormat dari institusi yang berlainan iaitu Curtin University yang menduduki tangga ke 217 di dunia.
Dalam bebenang tersebut juga, netizen berkenaan mendakwa sekiranya menguruskan krisis pandemik layak menerima anugerah ijazah kehormat, jadi Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden layak diberikan gelaran ‘Dr Profesor Emeritus’.
Menerusi komen yang diberikan dalam bebenang yang sama, ada pengguna Twitter lain mendakwa perkara tersebut sangat ironi kerana beliau menerima anugerah yang tidak langsung diiktiraf oleh negara sendiri.
Ada juga sempat berseloroh mengatakan mungkin kerajaan atau pihak sepatutnya akan mengumumkan bahawa senarai tersebut tidak dikemaskini dan selepas kemaskini dibuat, nama Nihon University akan ada.
Menurut laman web eduspiral, sekiranya seseorang mengikuti kursus yang tidak diiktiraf oleh MQA, anda tidak akan mendapat pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan sekiranya sesuatu kursus mendapat akreditasi MQA, ini bermakna kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa pendidikan mengiktiraf kesahihan kursus tersebut.
Baca :“Macam atok dia dah” – [VIDEO] Kanak-kanak ‘Compare’ Perut Dengan PM Dalam TV Buat Netizen Terbahak!