in

Netizen Bengang Warga Asing Biar Kucing Peliharaan Kepanasan Di Luar Tingkap

Kucing Peliharaan Dibiarkan Di Luar Tingkap

Memiliki haiwan peliharaan antara salah satu kegembiraan dalam hidup tapi tak semua ada sifat bertanggungjawab apabila menjaga mereka.

Baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan beberapa ekor kucing ditinggalkan di luar tingkap dan berada di tempat tinggi oleh tuannya.

Kejadian itu dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram, Nurul Ain Abdul Hamid yang tidak sanggup melihat kucing-kucing itu dibiar kepanasan. Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di sebuah bangunan terletak di Melaka Raya, Melaka.

Artikel berkaitan: Tular Didera Teruk Oleh Tuan Sendiri, Anjing Husky Telah Berjaya Diselamatkan

Artikel berkaitan: “I takkan maafkan” – Tinggal Kucing Dijangkiti Parvo Depan Klinik, Doktor Veterinar Marah Dengan Pelaku

“Lokasi di Melaka Raya, kucing-kucing itu diletakkan di luar rumah dalam keadaan yang berbahaya dengan keadaan yang panas di luar,” katanya.

Perkongsian itu telah meraih perhatian ramai yang turut mengecam tindakan pemilik kucing kerana bersikap tidak bertanggungjawab dan tidak bertimbang rasa.

Kucing diselamatkan pihak bomba

Nuru Ain dalam hantaran lain memaklumkan pihak bomba telah mengambil tindakan segera menyelamatkan kucing-kucing terbabit.

Katanya, ini bukan kejadian kali pertama berlaku dan pemilik yang merupakan warga asing pernah ditegur pengawal keselamatan namun masih melakukan perkara sama.

“Alhamdulillah kucing sudah diselamatkan oleh pihak bomba, pihak bomba juga sempat berkeras pada pihak pengawal keselamatan kerana dibiarkan hal ini terjadi berlarutan.

“Rupanya penganiayaan ini bukanlah baru terjadi, memang selalu dibuat oleh pemilik kucing dan pengawal keselamatan juga maklumkan mereka juga pernah menasihati tapi pemilik masih berdegil.”

Difahamkan, perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa dan notis amaran telah diberikan kepada pemilik kucing terbabit.

Menurut netizen, tindakan lebih lanjut terhadap pemilik kucing itu sukar dibuat kerana pemilik merupakan warga asing.

Setakat ini, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan memantau semula dan jika terbukti bersalah, tindakan akan dikenakan.

Sumber: X, Instagram