in

Nenek Usia 51 Tahun Kandungkan Cucu Sendiri, Sanggup Jadi Ibu Tumpang Demi Anak

Ft Ivf Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengorbanan seorang ibu sesungguhnya sangat besar sampai tak terbalas jasa mereka dari penat lelah mereka kandungkan kita selama 9 bulan di dalam rahim sehinggalah kita lahir dan menjadi dewasa.


 

Kandungkan cucu di usia 51 tahun, jadi ibu tumpang

Begitulah pengorbanan besar seorang ibu dari Amerika Syarikat ini yang tidak cukup penat mengandungkan anak perempuannya suatu ketika dahulu, kini dia sanggup pula berkorban untuk mengandungkan cucunya sendiri ketika di usia 51 tahun!

Menurut Kosmo!, wanita yang dikenali sebagai Julie Loving yang berasal dari bandar raya Chicago ini dikatakan telah menjadi ibu tumpang demi anak perempuannya yang mengalami kesukaran untuk hamil.

Feat Ivf

Perjalanan kehamilan ibunya itu telah dikongsikan sendiri oleh anak perempuannya, Breanna Lockwood yang berusia 29 tahun di laman Instagramnya @ivf.surrogacy.diary yang berjaya meraih perhatian netizen.

 

Pernah gugur beberapa kali, hidap Sindrom Asherman

Menurut Breanna, dia sebelum ini telah mengalami beberapa siri keguguran yang menyebabkan mereka suami isteri berhasrat mahu membuat rawatan IVF untuk mendapatkan zuriat.

Namun, kondisi kesihatannya tidak mengizinkannya untuk melakukan rawatan tersebut gara-gara dia menghidap Sindrom Asherman yang merupakan masalah luka yang berlaku di dalam rahim.

Oleh itu, doktor telah mencadangkannya untuk mengambil ibu tumpang sebagai ganti untuk menjalankan rawatan IVF tersebut.

 

Ibu tawarkan diri nak jadi ibu tumpang

Ibunya telah beberapa kali menawarkan diri untuk menjadi ibu tumpang demi anaknya gara-gara dia sendiri pun sudah lama mengidamkan untuk mempunyai cucu.

Pada awalnya, anak perempuannya itu menolak cadangan si ibu gara-gara menganggap ianya tidak masuk akal disebabkan faktor usia ibunya yang sudah pun mencecah usia 51 tahun disamping telah pun menopaus.

Namun, akhirnya dia bersetuju apabila melihat kegigihan ibunya untuk membantunya mendapatkan zuriat.

Sebenarnya saya yang mula mencadangkan kepada Breanna untuk menjadi ibu tumpang untuknya, tetapi dia menolak. 

Menurut Breanna, ibunya merupakan seorang wanita yang kuat kerana sanggup mengharungi proses bersalin yang agak mencabar demi melihat kebahagian mereka sekeluarga menimang cahaya mata.

Pengorbanan yang dia lakukan untuk melahirkan anak saya ke dunia ini tidak dapat saya luahkan dengan kata-kata.

Ivf 1990

Ivf 2020

 

 

Selamat lahirkan cucu perempuan

Walau bagaimanapun, segala proses kelahiran berjalan dengan lancar dan pada 2 November yang lepas, wanita ini telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang merupakan cucunya sendiri.

Ivf Lahir

Kini, kehidupan mereka semakin bahagia selepas menerima kehadiran si kecil sebagai pelengkap hidup mereka sekeluarga.

Kalau korang nak tahu, ibu wanita ini juga merupakan seorang atlet marathon pada suatu masa dahulu tau. 

Baca: “Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas” – Hamil Selepas Jalani Rawatan IVF, Elizad Keguguran Baca Ivf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.