in

“Saya faham perasaan awak”- Siti Elizad Terkejut Dapat ‘Call’ Dari Tuanku Permaisuri, Rupa-rupanya…

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, viral mengenai netizen yang mendakwa seorang pelakon wanita iaitu Siti Elizad mandul dan tidak boleh hamil sebab sudah bertahun-tahun kahwin tapi masih tiada cahaya mata. Namun, dakwaan tersebut sebenarnya tidak benar dan diorang sebenarnya masih berusaha untuk dapatkan anak.


Prihatin dengan nasib pelakon wanita itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuat panggilan telefon untuk beri kata-kata semangat.

 

Kongsi pengalaman IVF

Memang tak disangka-sangka, Elizad pun terkejut bila berkongsi detik gembira itu di Instagram miliknya semalam.

Instagram

Pelakon berusia 37 tahun itu tersentuh hati bila Tunku Azizah ada membaca kisahnya yang mempunyai masalah gangguan kesuburan. Bukan itu sahaja, Tunku Azizah juga berkongsi pengalaman baginda yang pernah menjalani proses rawatan IVF sebanyak 17 kali sebelum disahkan hamil.

“Tuanku berikan kata-kata semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuhi perjalanan IVF.”

Tunku Azizah

Elizad memang tak dapat nak beri bayangan perasaan gembira dia bila dapat panggilan daripada Tunku Azizah yang sememangnya menjadi idola dia dalam perjalanan IVF.

“Macam mimpi, dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya jadikan idola dalam cerita perjalanan IVF saya.”

 

Hanya nak bantu golongan wanita seperti dia

Tambahnya lagi, dia bukannya berniat untuk menghebohkan proses rawatan IVF yang dia sedang jalani itu tetapi dia cuma nak berkongsi pengalaman kepada wanita-wanita yang turut berdepan masalah yang sama seperti dia.

Elizad

“Tiada paksaan untuk ikuti kisah saya. Terpulang pada followers.”

Suka betul sifat keibuan Tunku Azizah ni. Bertuah Siti Elizad dapat call dengan baginda. Kita doakan semoga Siti Elizad dipermudahkan urusan untuk dapat cahaya mata. Amin…

 

Sumber: Elizad Sharifuddin

Baca:Tengku Permaisuri Selangor Gantikan Motosikal ‘Rider’ Yang Dicuri Masa Hantar Makanan

Capture 2

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.