Isu Neelofa masih belum reda gara-gara kerana membuat pelancaran koleksi tudung baru di kelab malam, Zouk. Sebelum ini Neelofa memberitahu dia memilih lokasi tersebut kerana murah 8 kali ganda dari tempat lain.
Terbaru, menurut Berita Harian, Neelofa bengang dengan mengatakan orang yang tiada di tempat kejadian kecoh menghentamnya walhal kelab malam tersebut telah ditukarkan dari pusat hiburan ke lokasi acara.
“Saya tak apa-apa pun kerana tahu apa yang saya lakukan. Tempat itu sendiri sudah ditukar dari pusat hiburan ke lokasi acara. Malah, tiada alkohol pun dihidangkan. Sesiapa yang ada di situ tahu kisah sebenar. Orang yang tiada di sana pula melebih-lebih.”
Menurut Harian Metro pula, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihati Neelofa supaya bertaubat dan tidak lagi ulangi kesalahan yang sama. Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad pula menyifatkan tindakan usahawan muda itu salah kerana bersubahat melakukan maksiat.
Perbuatan itu haram kerana gerak-geri perempuan ditontonkan kepada lelaki bukan mahram.”
Kata beliau lagi, apa-apa sahaja alasan yang diberikan, ia tidak dapat mengubah hakikat bahawa lokasi itu merupakan sebuah pusat hiburan yang menjual minuman keras dan memabukkan serta menasihatinya supaya membuat perkara yang baik dengan cara yang baik.
Selain itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut mengeluarkan surat terbuka kepada Hajah Neelofa di Facebook dengan menerangkan maksud dan simbolik tudung serta kenapa salah untuk mengadakan pelancaran tersebut di tempat maksiat.
“Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam ialah ‘matlamat tidak menghalalkan cara’. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.”
Nampaknya semua ahli ulama Malaysia telah memberikan nasihat kepada Neelofa dan kini hanya tinggal Hajah je untuk mengakui kesalahan dan bertaubat di atas kesilapan yang telah dilakukan.
Semoga Neelofa diberikan hidayah….
Baca: “Kenapa mesti lancarkan tudung di KELAB MALAM? – Parti Politik Boikot Neelofa?