Last week, gambar seorang baby menghidap penyakit eczema kritikal tular dan meraih simpati ramai orang. Bukan itu sahaja yang dapat perhatian netizen, tapi juga komen dari suami pelakon jelita Nora Danish, Nedim Nazri yang telah bagitahu hasrat dia untuk bantu si kecil itu.
Gambar yang pada asalnya dimuat naik bapa bayi itu, Danial Rayyan di Facebook telah di upload pula di Instagram oleh individu lain di mana ianya telah menarik perhatian Nedim atau lebih dikenali sebagai Bossned itu.
“Saya akan tanggung hotel, penerbangan untuk ibu dan bapa, dan juga cost perubatan. Thank you.”
Berjaya tunaikan hasrat dan janji
Tidak hanya bercakap kosong, Nedim dilaporkan telah tunaikan janjinya kepada kedua ibu bapa bayi tersebut, menurut Berita Harian.
Semalam, Danial Rayyan upload sekeping gambar keluarganya bersama Nedim dan berterima kasih kepadanya atas pertolongan besar itu.
“Thank you so much Boss Nedim & Nora Danish sebab sudi bantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki kamu sekeluarga.”
Melalui gambar tu, semua sedia maklum, Nedim dah pergi bawa si kecil itu ke pusat perubatan swasta Gleneagles di Kuala Lumpur.
Tindakan mulia Nedim dan isterinya dapat banyak komen positif selain ramai yang turut bersyukur dan mendoakan kesembuhan bayi Danial itu.
Alhamdulillah. Lobak Merah mendoakan kesihatan dan kesembuhan si comel ini. Kami turut berterima kasih dan memuji sikap Nedim & Nora Danish atas pertolongan mereka.
Baca: [GAMBAR] Terbaik! Ramai Puji Hishammuddin Tunjuk Sikap Rendah Diri Depan Rakyat