in

Nasib Muslim Uighur di China Makin Memburuk, Kanak-kanak Pula Kena ‘Brainwash’ & Dipisahkan Dari Ibu Bapa!

Uighur Muslims

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penindasan kerajaan China terhadap etnik Muslim di Uighur makin lama makin memburuk. Meskipun pelbagai kisah muncul di dada akhbar mengenai nasib umat Muslim di sana, tiada apa yang mampu orang luar lakukan melainkan mengutuk perbuatan zalim itu.


Terbaru menerusi laporan BBC, China kini dilaporkan telah memisahkan anak-anak Muslim daripada ibu bapa mereka dan memasukkan budak-budak ini ke sekolah khas dengan tujuan untuk ‘membuang pemikiran ekstrimis’ mereka. Alahai kenapa jadi macam ni? 

China Ancam Balas As Jika Beri Sanksi Soal Muslim Uighur G9H
sumber: blog

 

Ratusan ibu bapa kehilangan anak, semua dipaksa masuk ‘sekolah pusat vokasional’ 

Menerusi siasatan BBC, kerajaan China kini katanya aktif dalam memisahkan kanak-kanak Muslim Uighur daripada keluarga, kepercayaan (Islam) dan bahasa mereka dengan membawa ke semua anak-anak ini ke Xinjiang.

Dilaporkan hampir 400 orang kanak-kanak telah hilang daripada ibu bapa mereka dan pihak kerajaan China juga telah melakukan ujian untuk memastikan sama ada kanak-kanak ini memerlukan ‘penjagaan secara berpusat’ ataupun tidak. 

Lebih menyedihkan, ibu bapa yang kehilangan anak ni tak boleh masuk ke Xinjiang lagi untuk cari anak-anak mereka dan kini memilih untuk tinggal di Turki.

Ibu Sedih
sumber: bbc

“Saya tak tahu siapa yang menjaga mereka. Mereka tak ada contact langsung,” kata seorang ibu dengan menunjukkan gambar 3 orang anak perempuannya.

Seorang lagi ibu yang memegang gambar 3 anak lelaki dan seorang perempuannya pula berkata,

“Saya dengar mereka bawa anak saya ke rumah anak-anak yatim.” 

107727503 Comp Morekids
Gambar anak-anak muslim yang hilang | sumber: bbc

 

Kanak-kanak Muslim Uighur ditahan sebab solat dan pakai tudung?

Meskipun pihak China cakap yang dorang tahan orang-orang Uighur ni sebab nak lawan ajaran agama yang ekstrimis, tetapi kajian BBC memaklumkan bahawa mereka ni semua ditahan dan dimasukkan ke dalam so called ‘sekolah’ ini hanya kerana menjadi seorang Islam. 

Kalau dorang pakai tudung/selendang dan solat, mereka akan kena tahan. Lebih teruk lagi, kalau ada di kalangan mereka ni pernah pergi bercuti di tempat macam Turki pun… kena tahan! Allahu kesiannya… 

Muslim Uighur 1
sumber: blog

Semasa ditahan, mereka tak boleh langsung gunakan telefon, malah bercakap kepada saudara mara di luar negara juga sangat bahaya terutamanya bagi yang tinggal di Xinjiang.

China kini katanya sedang memperbesarkan kampus dan tempat tinggal untuk membawa masuk lebih ramai orang. Malah yang kena tahan ini obviously semuanya dari etnik yang sama.

 

Kem dan sekolah ‘ubah pemikiran’ Muslim Uighur

Rata-rata mereka yang tinggal di kem ini telah diajar untuk ‘mencintai’ bahasa Mandarin dan kerajaan China.

Malah mereka juga diberitahu apa yang mereka ‘percaya’ atau ‘anuti’ selama ini salah dan mereka kena ‘berubah’ serta belajar lebih banyak tentang undang-undang di negara tersebut.

Brain 1

Brain 2

Brain 3
sumber: bbc

Kasihan bila tengok orang-orang tua dipaksa pakai uniform seragam, berkongsi toilet dan tempat tidur. Mereka juga tak boleh tinggalkan tempat tu sampailah dilepaskan keluar. Bila difikir-fikirkan, dorang macam hidup dalam penjara kan? 

Tonton video di bawah untuk kisah lebih lanjut mengenai kehidupan mereka dalam ‘penjara’ ini: 

Harap-harap adalah sinar baru untuk mereka yang tinggal di sana. Semoga tidak lagi tertindas seperti apa yang berlaku sekarang. 

Baca: “Mereka ada hak” – Putera Arab Saudi Sokong Pemerintah China Tindas Muslim Uighur Di Kem Tahanan

Are You Even Muslim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.