in

Nasib Baik Tak Pijak! Pasangan Pergi ‘Trekking’ Sangka Ranting Pokok Jatuh, Rupanya ‘King Cobra’!

Ft Ular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertama kali jejakkan kaki, pasangan suami isteri dari Singapura nyaris berdepan detik hitam dalam hidup mereka. Sachindra dan isterinya sedang hiking di Bukit Timah Nature Reserve sebelum ternampak sesuatu yang nampak seperti ranting pokok.


Menurut Stomp, mereka kemudian meneruskan langkah dan apabila semakin dekat tiba-tiba ada seorang individu menyuruh mereka berhenti kerana ia bukanlah ranting pokok seperti yang disangka.

Hiking

Insiden itu berlaku Sabtu lepas, 29 November kira-kira jam 5 petang dan Sachindra ada berkongsi pengalamannya agar orang lain berwaspada sebelum terlambat.

Saya dan isteri tidak pernah pergi ke Bukit Timah Nature Reserve sebelum ini. Disebabkan ia adalah kali pertama kami ke sini, kami sangat teruja untuk nikmati alam semulajadi di sekeliling.”

Bila kami nampak sesuatu yang panjang di hapadan, kami sangka ia adalah ranting pokok yang jatuh jadi kami jalan mendekatinya.’

Tiba-tiba ada seorang wanita menjerit kepada kami untuk tidak melepasinya kerana ia sebenarnya adalah ular. Kami dengan segera terus menjauhi (ular).” 

Ular1

Saya bersyukur wanita itu beritahu kami kalau tidak salah seorang daripada kami mungkin akan dipatuk. Saya dan isteri kemudian tengok ular itu dari jauh. Seronok dapat tengok haiwan yang cantik di dalam hutan.”

Sachindra sempat berpesan dan berkata insiden menimpanya dan isteri patut dijadikan peringatan kepada semua orang untuk sentiasa berwaspada apabila trekking atau hiking dalam kawasan hutan sebegitu.

Sentiasa berhati-hati dan beringatlah untuk memberitahu orang di sekeliling jika kamu nampak haiwan liar dalam hutan simpanan.”

Melalui rakaman video, ular itu berukuran lebih kurang 3 meter itu dilihat melintasi laluan pengunjung untuk ke bahagian hutan di hadapan. Selepas beberapa ketika, haiwan itu dilihat menyusur memasuki kawasan hijau dan ia adalah bukti jelas bahawa ular hanya ‘buat hal sendiri’ jika tidak diganggu atau diprovokasi.

Baca: “The power of emak emak” – [VIDEO] Viral Nenek Berdiri Depan Buaya Besar, Rupanya Ada Kisah Sedih Di Sebaliknya

Ft1

Sumber: Stomp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.