Pagi ini, laman sosial Instagram rasmi pertandingan Miss Universe Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan mendedahkan rekaan gaun yang bakal digayakan pada hari yang dinanti-nantikan bulan depan.
Tidak lama selepas itu, Miss Universe Malaysia tahun ini, Samantha Katie James telah mendedahkan gaun yang bakal digayakannya pada segmen gaun petang di pertandingan itu bulan hadapan, yang dilaporkan bakal berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Selain itu, Samantha turut mendedahkan gaun yang bakal digayakannya untuk segmen Kostum Kebangsaan, di mana ianya mendapat perhatian ramai di media sosial.
Ramai orang mula bercakap tentang kostum itu kerana ianya bertemakan nasi lemak, lengkap dengan daun pisang sebagai ‘wings‘.
Jika dilihat dengan lebih dekat, gaun untuk boleh dilihat mempunyai perincian yang melambangkan ‘sambal’, ‘timun’ dan ‘nasi’ yang diperbuat daripada manik. Sudah tentunya ‘nasi lemak’ tidak lengkap dengan ‘telur mata’ dan ‘ikan bilis goreng’!
Sudah tentu, ianya mendapat perhatian netizen di laman sosial dan pelbagai reaksi diterima daripada pengguna.
“Aku rasa kelakar sikit tengok Miss Universe Malaysia pakai baju nasi lemak siap ada kacang.”
“Saya sangat suka nasi lemak. Sangat sedap!”
“Nasi lemak telur mata, kostum kebangsaan miss universe Malaysia tahun ini. Cukup letop! Timun semua lengkap.”
Apa pendapat korang?
Baca: Kreatif! Peminat Cosplay Tarik Perhatian Netizen Dengan Menggayakan Kostum Meskipun Memakai Hijab