Kalau nak bandingkan kehidupan kanak-kanak dekat Malaysia dengan kanak-kanak dekat Palestin, jauh beza sangat. Boleh kata life kanak-kanak di Malaysia jauh lebih beruntung dan diorang kena bersyukur sebab Malaysia bebas dari sebarang peperangan yang boleh memburukkan kenangan zaman kanak-kanak. Sepatutnya zaman kanak-kanak ni la kita cipta banyak memori yang best best sebab zaman ni la kita tak fikir masalah apa-apa dan kerjanya cuma nak main je.
Nasib kanak-kanak di Palestin berbeza pula bila diorang kecil-kecil lagi terpaksa berhadapan dengan suasana yang buat diorang rasa tak selamat nak hidup walaupun tinggal di rumah sendiri. Dekat Palestin, duduk rumah pun belum tentu selamat tau. Kesian diorang.
Trauma lepas diselamatkan
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Puti Nafisa Azzahra di Instagram miliknya baru-baru ini, dia berkongsi kisah seorang kanak-kanak yang dipercayai masih trauma selepas dia berjaya diselamatkan dari runtuhan rumahnya yang dibom oleh tentera Israel.
https://www.instagram.com/p/CO9LVZfDMZt/
Dalam video tersebut, korang sendiri boleh nampak yang mata dia terbeliak besar seolah-olah masih terbayang apa yang terjadi kepada dirinya sebelum diselamatkan. Kesian weh budak tu, mesti dia teringat-ingat apa yang terjadi dekat diri dia. Dah la kecil lagi tau budak tu.
Sedih tak terkata
Di ruangan komen posting tersebut, rata-rata netizen sedih bila tengok video tersebut. Ramai yang komen emoji sedang menangis untuk tunjukkan emosi dioarang yang terlalu sedih tengok nasib kanak-kanak itu.
Tak boleh bayang kalau kita ada dekat tempat budak tu. Sama-sama kita doakan supaya keadaan kemabli tenang di Palestin. Tak sanggup dah nak tengok gambar-gambar rakyat Palestin yang cedera sana-sini akibat serangan tentera Israel.
Sumber: Puti Nafisa Azzahra