in

Nampak Murung Beberapa Hari, Pembantu Perubatan Tinggalkan Nota Terakhir Sebelum Terjun Dari Tingkat 3

Bh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum bertindak terjun dari tingkat 3 bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Perak, pegawai perubatan ini ada meninggalkan satu nota.


Dalam nota tersebut terdapat satu pesanan menjelaskan yang mangsa dari Chemor ini tidak lagi mampu mengharungi kehidupan dengan masalah kesihatan yang dialaminya dan tidak mahu membebankan keluarga lagi.

 

Mohon maaf kepada keluarga dan rakan-rakan

Bh

Lelaki bujang berusia 32 tahun itu juga dilaporkan mengalami kemurungan sejak beberapa hari yang lalu. Pekara itu dikongsikan oleh rakan-rakan ketika ditemui di Unit Forensik HRPB.

Menerusi Berita Harian, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz, berkata mayat lelaki terbabit yang memakai pakaian seragam warna biru ditemui di ruang letak motosikal hospital itu oleh pengawal keselamatan.

Beliau berkata, mangsa ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan parah di kepala dan badan kira-kira jam 6.45 petang semalam.

“Seorang petugas hospital itu mengesahkan lelaki terbabit adalah rakannya. Dia juga menemui nota ditinggalkan mangsa dalam beg bersama kad kaunseling masalah kesihatan.

“Saksi juga mengesahkan yang mangsa bertugas 24 jam sebelum terbabit dalam kejadian itu yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Mangsa yang sudah bertugas di hospital berkenaan lebih setahun lalu, dikatakan merancang untuk berkahwin pada Mei depan. Al-fatihah.

 

Baca : Ibu Saman Pembantu Perubatan Sebab Putuskan Kepala Zakar Anak Sewaktu Berkhatan

Pembantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.