“Nampak kacak walaupun umur 46” – Netizen Tak Percaya Lelaki Ini Abang Atau Ayah Gadis Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sekarang ni, famous dengan trend Unpopular Opinion kat Internet. Setiap orang boleh bagi pendapat masing-masing berkenaan sesuatu topik yang dibuat oleh thread starter.

Kecoh di Twitter baru-baru ini apabila seorang gadis berkongsi gambar ayahnya bagi membidas kenyataan seorang pengguna lain yang dakwa lelaki Melayu jarang kacak macam lelaki Barat.

Tapi original opinion thread tu dah kena buang pun.

“Tak boncit2 lagi ni haa..”

Terkejut dengan gambar dikongsikan oleh Nurish, kebanyakan netizen tak percaya dan tak kurang juga yang rasa tercabar bila tengok rupa ayahnya.

Tak nak cakap banyak, korang tengok dan nilailah sendiri gambar ni.

Sumber: Twitter

Huish! Segak macam ni, seriuslah dah kahwin 27 tahun?

Sebelah tu gambar mak pun nampak muda lagi. Macam adik-beradik. Anak sulung pun dah berumur 26 tahun, guys.

Sumber: Twitter

Uyooo, atok sado dan segak. Dah ada cucu seorang pulak tu. Jangan main-main!

“Patut anak lawa, bapak segak teruk”

Macam tak percaya je ayahnya hampir 50 tahun. Sebabkan rupanya yang segak dan tampak tough, ramai netizen yang aspire nak jaga diri supaya nampak smart juga bila dah berumur 40an.

Sumber: Twitter

Boroi itu pilihan sendiri

Macam mana boleh segak sebegitu eh? Sebab kahwin muda je ke?

Ada yang anggap rupa segak ayahnya disebabkan dia kahwin seawal umur 20 tahun. Tapi, ada je orang masuk umur 20an dah boroi.

Sumber: Twitter

Netizen kongsi gambar ayah masing-masing

Selain Nurish, ramai juga followers lain yang kongsikan wajah ibu ayah masing-masing. Kalau diorang tak cakap umur, admin rasa mesti orang ingat adik-beradik.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Rupa-rupanya ramai je ada ibubapa yang nampak muda daripada usia sebenar. Kita yang tengok pun rasa jealous.

Cuma, harap-harap tak adalah yang jadi kaki sondol lepas tengok gambar ni semua. Nak jadikan inspirasi untuk jaga badan tampil muda tu takpe.

Baca: Polis Kacak Jadi Kegilaan Gadis Lepas Selamatkan Wanita Cuba Terjun Bangunan Tingkat 16

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.