in

“Nama dan nombor telefon dan ia (imbas Kod QR) adalah tidak wajib” – Ismail Sabri

Qr3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk pengetahuan, prosedur untuk melakukan imbasan Kod QR di setiap premis itu sebenarnya bukanlah satu perkara wajib.


Menerusi Berita Harian, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengunaan teknologi itu di beberapa negeri seperti Selangor bagaimanapun amat digalakkan.

 

Tidak termaktub dalam Akta 342

Katanya lagi, konsep ini sama seperti memakai topeng muka, tidak wajin tetapi digalakkan.

“Ia (imbas Kod QR) bukan wajib kerana jika kita wajib, maka mesti ada dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), tetapi sama seperti memakai topeng muka, ia digalakkan.”

Tambahnya ia mungkin peraturan negeri sahaja. Bagaimanapun, beliau meminta agar setiap negeri menyelaras peratuan seperti arahan yang dikeluarkan Kerajaan Persekutuan.

“Ada kedai makan di sebuah negeri dibuka sehingga jam 10 malam, ada di negeri lain sehingga 7 malam. Jika boleh, ia diselaraskan dengan Kerajaan Persekutuan”

Kerajaan sebelum ini membenarkan semua kedai makan termasuk medan selera, pusat penjaja dan gerai tepi jalan dibuka kepada pelanggan antara 7 pagi hingga 10 malam, tertakluk kepada pematuhan garis panduan keselamatan dan kesihatan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ada seglintir netizen yang mempertikaikan cara ini, namun ada juga yang menyokong kerana kaedah seperti ini agak menyukarkan golongan-golongan tua yang tidak terdedah dengan penggunaan digital.

Tetapi kita kena fikir lah ia atas rasa kesedaran diri, seperti yang Ismail Sabri katakan tadi, ia samalah macam kita pakai mask kena ada awareness tu.

 

Baca : “Jika kena tulis pastikan sanitasi tangan” – Dr Noor Hisham Nasihat Bawa Pen Sendiri Sebelum Isi Maklumat

Sanitasi Tangan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.