in

Nak Tahu Apa Beza Udang Putih Dan Udang Gelap? Jom Tengok Penjelasan Abang Ni

Beza Udang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa suka makan udang, angkat tangan! Penulis pasti, ramai yang gemarkan udang disebabkan rasanya yang sedap. Tetapi, apa yang perlu anda tahu sebelum membeli udang? Ada ke beza udang yang berwarna putih dan udang yang gelap?

Kalau nak tahu, abang @ceoofisher boleh membantu menjawab persoalan anda!


Menurut sebuah video yang dimuat naik ke laman Tiktok miliknya, lelaki ini telah menerangkan perbezaan udang putih dan udang gelap.

@ceooffisher UDANG BELA VS UDANG LAUT BEBAS ?#nelayan #tiktokguru #friendfreshfish ♬ bunyi asal – FriendFreshFish

“Udang bela ini mesti gelap, tidak kira udang harimau atau apa-apa jenis pun.”

Sekiranya udang yang dijual berwarna gelap, tapi peniaga pula kata udang tersebut adalah udang laut, besar kemungkinan kita telah ditipu!

“Udang laut bebas, ia tidak akan gelap. Lagi satu udang ini tidak akan dapat dibawa pulang secara bertan.”

“Paling banyak pernah saya nampak, sama ada 20 kilogram atau kurang apabila turun di laut.”

Katanya lagi, udang laut pula selalunya lebih cerah dan berwarna kekuning-kuningan.

Selain itu, pembeli juga boleh membezakan udang laut dan udang bela mengikut ketebalan kulitnya. Udang yang berkulit tebal adalah udang laut. Udang yang dibela tidak perlu berlindung, jadi kulitnya lebih nipis.

Udang laut juga lebih mudah dikupas dan mempunyai isi yang lebih manis.

Jadi, selepas ini, kalau nak beli udang, anda sudah boleh bezakan yang mana udang laut dan yang mana udang bela!

Baca: [VIDEO] Netizen Kembang Tekak Tengok Orang Makan Udang Lompat-lompat

Beza Udang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.