in

“Nak sedap panggil sulam” – Trend Tatu Sementara, Ramai Tak Tahu Haram?

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, trend sulam nama makin mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi golongan remaja di mana ianya merupakan tatu sementara yang dikatakan boleh hilang dalam masa 3 bulan sehingga setahun.


@crystalbluebeutician

♬ suara asli – LYRICS – LYRICS

Biasanya perkhidmatan “sulam nama” ini disediakan oleh pakar kecantikan dan ramai juga yang menganggap ianya bukan tatu disebabkan sifatnya yang tidak kekal.

Malah, spa dan beberapa klinik kecantikan juga turut mempromosikan teknik sulaman ini dengan mengatakan yang ia boleh hilang dalam beberapa jangka masa serta “bukan tattoo”.

Trend ini jelasnya telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang melihatnya. Ini kerana, walaupun namanya sulaman, teknik ini tetap salah kerana prosedurnya sama seperti tatu namun tak cukup dalam untuk ia menjadi kekal.

Screenshot 2023 03 13 At 1.24.27 Pm Down

Bukan tu je, dalam Islam juga turut jelas tentang hukum bertatu dan teknik “sulam nama” ini juga bertentangan dengan hukum syarak kerana tidak boleh ditanggalkan dan bukan telus air.

Fq8Nwedagaeml0

Hm, bahaya jugak kalau main buat je. Kalau tak pasti hukumnya baiklah jangan diikut.

 

Baca: Lelaki Pecah Rekod Dunia Miliki 225 Tatu Tandatangan Di Belakang Badan, &’Sign’ Selebriti Hollywood Pun Ada!

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.