Baru-baru ini, trend sulam nama makin mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi golongan remaja di mana ianya merupakan tatu sementara yang dikatakan boleh hilang dalam masa 3 bulan sehingga setahun.
https://www.tiktok.com/@crystalbluebeutician/video/7203609794626768155?q=sulam%20nama&t=1678684656376
Biasanya perkhidmatan “sulam nama” ini disediakan oleh pakar kecantikan dan ramai juga yang menganggap ianya bukan tatu disebabkan sifatnya yang tidak kekal.
Malah, spa dan beberapa klinik kecantikan juga turut mempromosikan teknik sulaman ini dengan mengatakan yang ia boleh hilang dalam beberapa jangka masa serta “bukan tattoo”.
Trend ini jelasnya telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang melihatnya. Ini kerana, walaupun namanya sulaman, teknik ini tetap salah kerana prosedurnya sama seperti tatu namun tak cukup dalam untuk ia menjadi kekal.
Bukan tu je, dalam Islam juga turut jelas tentang hukum bertatu dan teknik “sulam nama” ini juga bertentangan dengan hukum syarak kerana tidak boleh ditanggalkan dan bukan telus air.
Hm, bahaya jugak kalau main buat je. Kalau tak pasti hukumnya baiklah jangan diikut.