Selepas penantian hampir seminggu, Malaysia akhirnya telah mendapat Perdana Menteri yang ke-10 hasil daripada Pilihan Raya Umum ke-15 minggu lepas. Kerajaan Malaysia yang baharu diterajui oleh pemimpin tertinggi Pakatan Harapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Walaupun baru sehari dua menjawat jawatan itu, orang ramai tetap mengambil kesempatan untuk bertemu sendiri pemimpin negara yang dipilih oleh Agong. Ini termasuklah seorang kanak-kanak yang sempat bersalaman dengan DSAI. Korang boleh tengok video adik yang nak bersalaman dengan DSAI dalam video @Shaeyful di bawah.
NAK SALAMMM !!!!
dik tu PM kotttt hahaha tapi apa pun terbaik, ramah anwar ibrahim. pic.twitter.com/N8glt5GrLh
— shae (@Shaeyful) November 25, 2022
Nak salam
Gelagat adik itu yang datang entah dari mana dan minta nak salam dengan DSAI membuat orang ramai tersengih. DSAI pun sporting je terus salam adik tu.
Barang rare ni. Kalau dapat memang boleh simpan dalam muzium. Bukan semua orang dapat bersalaman dengan Perdana Menteri kan.
Itulah, min geram je tengok medal dia tergantung macam tu. Mesti baru menang hari sukan sekolah sampai tak buka lagi sebab bangga. Lepas tu dapat pulak salam dengan PM10.
Hahaha boleh jadi gak ni. Kalau mak dia sendiri yang nak pergi salam mesti kena halang dengan bodyguard DSAI sekeliling tu. Last sekali hantar anak jadi wakil.
Mesti kena cerita dekat kawan-kawan sekolah. Kalau boleh cerita dekat kawan-kawan kejiranan pun habis diceritanya juga.
Memang selamba habis adik tu minta nak salam dengan DSAI. Min pun kalau dapat peluang jumpa Perdana Menteri, mesti nak salam punya lah.
Baca: Nurul Izzah Tinggalkan PESANAN PENTING Buat Bapa Tersayang, Anwar Ibrahim