“Nak rakam lain terakam benda lain, kenapa berdiri kat situ”-Netizen Ter’Spot’ Pocong Waktu Ribut Petir Tapi…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setiap kali berlaku hujan lebat atau ribut petir mesti kita akan cari tempat untuk berteduh. Iyelah orang kata tak elok berada dalam cuaca yang macam tu lagi pun akan mengundang bahaya.

Namun video yang dimuatnaik pengguna twitter ni sewaktu hujan lebat disertai guruh dan petir membuatkan ramai terkejut dan ‘naik bulu roma’.

Sebab apa?

 

Nak rakam lain terakam benda lain, kenapa berdiri dekat situ.. 

Dalam video berdurasi 24 saat tu korang boleh nampak yang keadaan memang tengah hujan lebat siap guruh kilat semua lagi, namun cuba korang amati betul-betul, nampak tak ‘sweet’ kat belah kiri video?

Ni ha min screenshot kan untuk korang.

Sejak ia dimuatnaik pada 23 April, posting lelaki ini telah mendapat lebih 13k retweets dan 7.6k likes.

Namun rata-rata menolak dakwaan yang imej tersebut merupakan ‘pocong’ atau ‘hantu bungkus’ sebaliknya merupakan banner yang digantung pada tiang tersebut.

Korang baca komen netizen, pecah perut weh..

“Min pun rasa macam banner, biasa la tengah hujan angin tiup basah lagi, tu yang nampak macam hantu bungkus tu..mungkinlah mungkin”

“Hah! Part ni lawak..main-main eh korang bab ni.”

“Tulaaa..nakal betul geng-geng ni, elok diikat cepat-cepat. Jangan bagi muka kat spesis ni nak tunjuk perangai dorang.”

“Maznah mana pulak ni asrol oiiiii….kemain eh! hahaha”

 

Tak payah nak fikir ni hantu ke bukan, seeloknya kalau hujan lebat siap ada guruh kilat semua carilah tempat berteduh yang selamat okay!

Baca : [VIDEO] Raih Lebih 15 Ribu Perkongsian Di Twitter, Anak Kecil Tunjuk Hantu Kat Penjuru Katil

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.