Penghuni rumah yang bukan landed house ni mesti ada masalah bila order delivery makanan kan? Cuba bayangkan, rumah dekat tingkat 15 lepas tu nak kena turun bawah bila rider dah sampai. Itu belum lagi kalau tiba-tiba lif pula rosak! Kalau min dah panik dah kat situ!
Sebuah video tular di laman TikTok semalam berkaitan karenah seorang pelanggan yang membuat pesanan secara delivery ke rumahnya. Video yang dikongsikan oleh saudara @anasmansor99 ini pada mulanya nampak macam satu perkongsian tentang pelanggan cerewet.
Hal ini kerana, kapsyen yang digunakan dalam video tersebut mengatakan pelanggannya itu melarangnya naik untuk menghantar pesanan, namun dalam masa yang sama dia pun tak nak turun juga. Tetapi rupa-rupanya ada plot twist disebalik itu…
Pelanggan abang rider ini rupanya gunakan baldi untuk dijadikan lif ambil makanan yang dipesannya! Patutlah dia beria tak bagi naik ke atas…bijak!
Sebagai seorang rider, dia juga berterima kasih kepada pelanggannya itu kerana telah memudahkan kerjanya tak perlu naik ke atas ataupun menunggunya di bawah.
Video berdurasi 40 saat itu telah pun berjaya meraih sebanyak 1.5 juta jumlah tontonan! Kebanyakan penonton semuanya terhibur dengan aksi kreatif pelanggannya itu.
Perkongsian daripada abang rider ni bagi sebenarnya dah bagi satu jalan penyelesaian kepada para pelanggan yang rumahnya nun jauh di atas. Tak perlu turun, abang rider pun tak perlu naik hantar sampai depan rumah.
Tapi itu kalau rumah tak berapa tinggi okay lagi..kalau yang tinggal dekat tingkat 20 tu agak-agak berapa panjang talinya ya?